I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 23, 2011

Tolong ingatkan dia

Nur Aqillah, ana copy and paste kat blog ana ye..
menariklah post Aqilla tu..
from :)
Nur Adlina Aqilah

Tolong beritahu si dia...aku ada pesanan buatnya

tolong beritahu si dia, cinta agung  adalah cinta-Nya

tolong beritahu si dia,cinta manusia akan membuatnya alpa

tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku  lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa

tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa

tolong nasihati dia, jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya

tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga

tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapa kerana di telapak itu syurganya

tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya buka kerana rupa

tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan  Zuhudnya buka harta

tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunya

tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia

tolong tegur si dia, bila dia tengelam dalam angan-angnya

tolong tegur si dia, bila nafsu menguasai fikirannya

tolong sedarkan si dia, aku milik dia Yang Esa

tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga

tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya  besar kepada keluarganya

tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala  cinta belum terlaksana

tolong sabarkan si dia,  andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batas cinta

tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya

tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi kegagalannya

tolong pesan kepadanya, aku membiarkan dia Yang Maha Esa menjaga dirinya

tolong khabarkan pada si dia,  aku tidak mahu melekakan si dia.

tolong khabarkan pada si dia,  aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya

tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya

tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga

tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai haragnya

tolong sampaikan pada si dia,  hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan  Yang Maha Kuasa.

tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..



"bestkan ayt-ayat nya,sungguh indah..sampai ana sendiri pun mengalirkan air mata emm,secara tiba-tiba je..emm tak tahu lah kenapa" Aqillah thanks ayat niy sedap..

No comments:

Post a Comment