I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 7, 2011

DemI mEncaRi SeoRanG saHAbaT

ingatlah sahabtku
bunga itu menguntum indah
menyeri dan mekar memerah
dipuji dengan berbagai-bagai wadah
esoknya bunga itu gugur ke tanah
serpih demi serpih ia musnah
tanpa daun dan kelopaknya ia musnah

wahai sahabtku...
engkau bukan kayu seperti bunga
dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya
lambang bunga lambang sementara cuma
tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya

daerah kita bukan daerah cinta
bukan masa nya untuk memeujuk kasih asmara
tiada senda gurau yang memanjang meleka
kerana kita dalam memperjuangkan agama

sahabatku..
disini uda dan dara telah berkubur
kita bina atasnya jihad yang subur
ingatlah sahabatku..
bumi kita bumi yang payah
penuh peluh ,air mata dan mungkin  darah
bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah
ikuti di belakang ulama' supaya tidak goyah
bila dikatakan pada mu : perjuangan itu amat susah.
kau katakanlah kembali : aku mengharap hanya keredhaan dari Allah

sahabatku
semalam telah layu sekuntum bunga
telah gugur dari jambangannya
tetapi itu bukan perjuangan kita
bukanlah itu sebagai lambangnya
mulut telah kaku untuk bertanya
hati malu memikirkanya
tidak seperti dahulunya
kita kuat berhujah dan bersuara

ingatlah sahabatku..
kerana dulu dan kini kita tetap mujahid
yang merindukan dan memburu syahid
maaf jika tuturku yang pahit


senyumlah sahabatku
senyumlah dan serilah wajah
walau pudar dan hambar datang tak sudah
belajarlah menjadi mujahid dan mujahidah
doaku agar kita berani seperi Hamzah
malah punyai semangat seperti sumaiyah
khas buat korang yang aku cintai..sayangi..rindui...

No comments:

Post a Comment