I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 26, 2011

DOA MEMOHON PERTOLONGAN SEMASA MENGHADAPI MUSUH..

(Surah ali 'Imran:147)

"mKsudnya: Wahai tuhan kami! ampunkanlah dosa -dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami( dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir'"

KETERANGAN DAN PETUA BERAMAL

Sifat orang beriman adalah mereka sentiasa memuhasabah kesilapan dalam tindak tanduk yang mereka lakukan. bahkan semasa suasana perang sekalipun, mereka berdoa bermunajat kepada -nya memohon keampunan. Ibn jarir Al-Tabari meriwayatkan daripada Abi Hatim daripada IbnAbbas bahawa " dosa kami melampaui batas" bermaksud" kezaliman kami terhadap diri kami sendiri " .Kezaliman membawa,kepada kemurkaan Allah.

( Tafsir Ibn Jarir Ayat 147, surah Ali' Imran)


Natijah daripada doa yang dipanjatkan dalam medan jihad itu ialah Allah mengurniakan kepada mereka kejayaan atas musuh dan balasa syurga

( Tafsir Al-Fakhrurrazi ,Tafsir ayat 147, surah Ali ' Imran)

Friday, March 18, 2011

fadhilat surah al-waqi'ah

menurut beberapa hadis rasulullah saw, mereka yang mengamalkan dan membacanya pada tiap-tiap malam, insya-allah tidak akan merasai kepapaan. mereka yang membacanya sebagai  wirid pula, insya-allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.dan bgi mereka yang membaca sebanyak empat belas kali setiap solat asar, insya-allah akan dikurniakan rezeki yang banyak.
(RIWAYAT AL-BAIHAQI DAN LAIN-LAIN)


terdapat ulama yang mengatakan, jika dibaca surah ini terhadap org yg sakit, insya-allah akan diringankan sakitnya. jika dibaca terhadap org yg sdg nazak akan meringankan dan mempermudahkan keluar rohnya

fadhilat surah al-muluk

sebuah lgi surah di dalam AL-QURAN iaitu surah al-muluk mempunyai fadhilat dan faedah yg amat besar yg amat besar bgi sesiapa yg mengamalkanya dan membacanya. menurut beberapa hadis rasullulah saw mereka yg mengamalkan dan membaca akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. mereka yg membacanya pda setiap mlm , insya allah akan terselamat dari azab kubur
(riwayat abu daud, at tarmizi,an nasai dan ibnu majah dari abu hurairah)
  • mengamalkanyadan membacanya akan mendapat syafaat dan keampunan dosa
  • mengamalkanya dan membacanya akan terlepasa sari azab kubur
  • mengamalkanya dan membacanya akan menggeluarkanya dari neraka dan dimasukkan ke dlm syurga

gile kartun islamic

entah la..aku niy memeang gile kan animasi /or gambar gambar kartun islamic..pantang jumpe..entah la apa yang buat aq berminta pun tak tau..
mungkin sebab muke die handsome, bergaya itu bgi yg lelaki..
bgi yg girl lak die cantik
di sini aq ada selitka beberapa gambar..dan sebenrnya ada banyak lgi tapi x upload..takut korg copy n paste(hah kedekut jugak ye aq niy hehe)


nie baru kahwin bajua ala ala aladdin hehe



 salam ukhwah teman teman semua

wow best nye kereta die besar bf pun handsome


nie paling lawak dialognya

hah  ustaz niy paling handsome






Tuesday, March 15, 2011

novel zahrah de tigris

sorry gambar novel nya x de..x dpt di muat turun hehe

best novel nie ia berkisarkan tentang seorang serikandi isslam sanggup bertarung nyawa di mesir negara yg tengah berperang disitu..untuk belajar dan menabur bakti menjadi seorang guru..dia juga menjadi pekerjan sementara di sebuah hospital sebagai juru rawat..tidak semena mena dia menemua jodohnya iaitu doctor pactric yg selalu mengacaunya..setelah doctor patric memeluk islam mereka berkhwin

labyrianth

emm, lepas habis baca novel nie best ..la rugi arr korang tak baca
sinopsis:
dunia kamal dan dani berbeza.namun takdir telah mempertemukan mereka. pembunuh bersiri adalah rantai untuk mereka saling mengenali mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka

kamal
cinta dan rindu ..pahit! setia pula adalah gula .kopi dan gula adalah kepahitan yang manis.kenapakah cintanya sudah tidak bergula lgi?

dani
kadang kadang dlm riuh di luar , di dalam begitu sepi ,. seperti ada tembok yang memisah kan .seperti gagal laut menakluki sungai dengan masinya . riuh itu laut dan dani itu sungai.. maira?

maira
cintaku kepadamu adalah laut tanpa pantai..hujan tanpa awan rinduku padamu adalah mabuk tanpa anggur makan tanpa kenyang

bahasa diamlah bahasa yang paling sukar . dalam diam adalah seribu pengertian. dlm diam ada seribu persoalan dan dlm diam ada seribu tafsiran. dgn diam org boleh berkataa aku cinta padamu, dan dlm diam boleh berkata kita x lgi sehaluan

lalu diam yg bagaimanakah aku dgn maira
lalau diam bagaimanakah aku dgn natasya


seorang diri memasuki labyrianth berjalan dan terus berjalan jalan yg berselirat .dia harus memilih.namun setiap pilihan ada halagan..lalu cipta jln sendiri..dia tahu pembunuh iitu ada berdekatabya//

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT PAGI DAN PETANG

RIWAYAT AL-BUKHARI NO.844 DAN MUSLIM NO.594
Maksudnya:

"tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan hanya ALLAHyang maha esa, tiada sekutu baginya .baginya segala kerajaan dan segala pujian . dia maha berkuasa atas segala sesuatu.yaALLAH, tiada yang dapat menahan apa yang engkau beri dan tiada yang dapat memberi apa yang engkau tahan.tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya(selain iman dan ketaatan). hanya daripadamu kekayaan dan kemuliaan."
keterangan dan petua beramal

daripada muaz bin jabal  berkata bahawa rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

"barangsiapa yang mengucapkan (ayat ini) ketika selesai sembahyang pada wakru subuh sebanyak 10 kali maka akan dikurniakan dengan tujuh kelebihan iaitu

  1. .ditulis oleh ALLAH untuknya sepuluh kebaikan
  2. dihapuskan denganya sepuluh kejahataan
  3. diangkat dengannya sepuluh darjat
  4. ia menyamai sepuluh benda yang bernyawa
  5. ia pelindung daripada gangguan syaitan
  6. ia pendinding daripada perkara makruh
  7. tidak akan mengikutnya sebarang dosa pada hari itu melainkan syirik kepada ALLAH

Sunday, March 13, 2011

awek dan balak..perkataan yang sering digunakan oleh remaja sekarang

adalah kawan saya dekat sekolah dan kawan sebaya saya dekat kampung ayah saya di pahang tanya" KO ADE BF X?"
saya pun  menjawab " tidak" disamping memboikot soalan nya" serta menyatakan prinsipku
"I'AM ANTI COUPLE N NO COUPLE UNTIL ABIS BELAJAR, BERJAYA .."
mereka tak percaya..muka aku nie tak lah cantik mane..salah ke kalau aku tak de bf..?
aku lihat semua kawan -kawan ku ada bf..hah
pelik betul la..tapi aku x rasa pun nak ada bf..pelik..pelik tengok kawan -kawan aku semua,..
dekat sekolah asik cerita pasal bf jer..aq pun x faham..
kat luar sekolah maksud aku kat kampung petang2 naik moto sambil msg2 bf..x faham tol la...

  1.  perkataan "awek" dan "balak" adalh perkataan yang datang dari orang orang  fasik dan fajir(pelaku maksiat).maka tidak seharusnya kita melakukan apa yang diucapkan dan digunakan oleh orang orang itu.
  2. jarang kita gelarkan isterikita dengan istilah "awek" untuk isteri atau "balak" untuk suami.jika istilah itu suatu yang istimewa sudah semestinya kita gunakanya untuk panggilan.tetapi"awek" ini digunakan oleh lelaki yg minat pada perempuan yang menggambarkan perempuan itu tidak suci

Wednesday, March 9, 2011

kesianya..huh..

emm,..aku tak  ada idea.. dan tak ada mood laaa. nak post kat blog hari ini..emm.. maaf la ye follower ku.
sebenarnya, nie nak cerita, pasal sorang kawan aku nie,.masa rehat tdi kat sekolah  dia ada problem..huh..
aku sebagai pengawas kaunseling pe la lagi mainkanlah peranan..dah tugas aku..aku jalan la menuju kat dia ..dan tanya kenapa....why u crying,,..?,..hah?
dia tak nak bagi tahu ...
kali ketiga aku tanya baru dia jawab.masalah dia adalah
  1. "adlina nak tahu tak aku tak ada kawan baik semua orang ada"
  2. "adlina dia org tak nak kawan aku"
  3. "adlina dia orang benci aku'
  4. "adlina sebab dia orang  tak nak kawan aku coz aku over sangat bila masa mata pelajaran arab'
  5. dan banyak lagi lah
bila dia cakap yg dia tak de kawan baik tu..hati aku rase sedih..
coz aku pun ada kawan baik tapi dulu. ada sekarang dia org x kawan aku lgi.
dia org khianati aku
..dia org ambil kesempatan atas kepandaian aku
sekarang aku tak de kawan .. budak kat kelas aku pun nak tak nak jerr.kawan aku. bila dia org susah
..mintak tolong aku
 dah senag tingggal aku..
 x perr arr..aku berazam belajar bersunguh sungguh ..kwn bukanya penting sgt
aq lebih suka mkn.n .belajar..sorang..sorang
balik cerita kawan aku tdi
dah dengar sebab dia nagis aku pun ikut nangis sekali..coz ada kene mengena ngan aku cikitlarr
..aku ambil keputusan bawak jumpe cikgu kaunseling
dan dia diberi kaunseling..
tapi aku rase kes dia dah selesai kot..skrg nie

Sunday, March 6, 2011

ADAB PELAJAR TERHADAP GURUNYA

CIKGU
  1. MEMBERIKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA GURUNYA
  2. MENDIAMKAN DIRI SEWAKTU GURU SEDANG MENYAMPAIKAN PELAJARAN
  3. MENUNJUKAN MINAT TERHADAP APA YANG DIAJAR OLEH GURU
  4.  TIDAK MENINGGIKAN SUARA TERHADAP GURU, SEBALIKNYA MEMADAILAH BERKATA DENGAN SUARA YANG BOLEH DIDENGARI
  5. SEKIRANYA PERLU BERTANYA PASTIKA GURU SEDIA MENJAWAPNYA
  6. MENGHORMATI GURU DI HADAPAN DAN DIBELAKANGNYA
  7. MENUTUP KESALAHAN GURU AGAR TIDAJ DIDEDAHKAN TANPA KEPERLUAN
  8.  MENDOAKAN KEBAIKAN GURU
(DIPETIK DARI KITAB SYARAHAN ADAB DAN MANFAAT MEMUNTUT ILMU KARANGAN SYEIKH IBN UTHAIMIN TERJEMAHAN DAN TERBITAN PUSTAKA AL-IMAM AL-SYAFI JARKATA)

doa pabila ketakutan dalam tidur..

RIWAYAT ABU DAUD NO.3893,AL-TARMIZI NO.3528)
BERMAKSUD..'"aku berlindung dengan kalimah -kalimah ALLAH yang sempurna daripada kemarahan-NYA, seksaan-NYa, dan kejahatan hamba-hamba-NYa,dan daripada godaan syaitan (bisikannya) seta jangan sampai mereka dtg (kepadaku)"

nabi saw bersabda yang bermaksud:
mimpi yang baik adalah daripada ALLAH, sedang mimpi yang buruk adalah daripada syaitan. apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orh yg senang mendengarnya
(RIWAYAT AL-BUKHARI NO.7017 ,MUSLIM 2261)

TINDAKAN SELEPAS SESEORANG YANG BERMIMPI BURUK.
  • meludah ke kiri , tiga kali.
  • minta pertolongan kepada ALLAH daripada godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya ,tiga kali.
  • membalikkan tubuh 9mengubah posisi)
  • tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain
  • mengambil wuduk dan solat
by; nur adlina aqilah binti muhamat suimi

Saturday, March 5, 2011

PetUa -PeTuA dOa mAKbUl


petua-petua doa makbul.
  1. berdoa dengan ikhlas kepada ALLAH
  2. memulakan dengan pujian kepada ALLAH , diikuti dengan selawat ke atas nabi saw sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada ALLAH dan selawat adalah (ALHAMDULILLAH DAN WASSALATU  WASSALAM ALA RASULILLAh)
  3. mengakhiri doa dengan pujian kepada ALLAH dan selawat kepada nabi saw juga.
  4. bersungguh -  sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan menyakinkan diri pada penerimaaanya oleh ALLAH swt.
  5. berdoa dengan khusyuk dan rendah diri
  6. berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan
  7. berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan ALLAH
  8. sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah
  9. tidak berdoa tentang perkara keburukan ,seperti mendoakkan kecelakkaan bagi org lain dan memutuskan silaturrahim
  10. tidak berdoa pada tempat maksiat
  11. merendahkan suara
  12. berdoa dengan mengulangkan YA RABB sebanyak tiga kali
  13. menghadap ke arah kiblat
  14. mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa
  15. berdoa dlm keadaan berwuduk
  16. hendaklah bertaubat kepadaALLAH sebelum memohon hajat
  17. tidak ber sajak dlm doa
  18. menggunakan ayat yg ringkas tapi paddat dengan makana (AL-JAMI')
  19. menyeru ALLAH SWT dengan nama-nama nya yg mulia
  20. makanan dan minuman mestilah daripada sumber yg halal.
  21. hendaklah melakukan AL AMRU BIL MARUF WAN NAHYI ANIL MUNKAR
  22. hendaklah berdoa utk diri sendiri  sebelum mendoakan bgi org lain
  23. menghimpunkan anak anak jari kesemuanya melainkan ibu jari
  24. menyapu muka dengan tangan selesai berdoa
  25. mengaminkan doa yg dibaca...

Friday, March 4, 2011

sedih

kertas public speaking aku hilang....!!!! cam ne nie.....hhaha.....satu pe pun aku x hafal,..penat -penat aku buat ayat public speaking tu..haha dah la dlam english..huah...pecah kepale...

Thursday, March 3, 2011

BACALAH YASSIN

RASULULLAH SAW..TELAH BERSABDA YANG BERMAKSUD:
"bacalah surah yassin kerana ia menggandungi keberkatan seperti:
  • apabila orang lapar membaca surah yassin, ia boleh menjadi kenyang
  • jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian
  • jika oarang yang belum berkahwin akan mendapat jodoh
  • jika dalam ketakutan akan hilang perasaan takut itu.
  • jika dipenjara akan dibebaskan
  • jika musafir membaca , maka akan mendapat kesenangannya apa yang dilihatnya
  • jika tersesat boleh sampai ditempat yang dituju
  • jika orang yang dahaga membacanya maka akan hilang hausnya,
Rasulullah bersabda;sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-quran ...YASSIN.sesiapa yang membaca surah yassin,nescaya ALLAH menuliskan pahala seperti pahala membaca AL-QURAN sebanyak 10 kali.

HIKMAH SUJUD

mungkin ramai di kalangan umat islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan ALLAH yang sia-sia.
malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,iaitu sujud fizikal ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintahALLAH dan larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan ALLAH dan mereka menggalakkan kita bersujud dengan lebih lama.

Antara hikmah lai bersujud ialah,melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ketempat asalnya.
bernafas ketika sujud juga boleh
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia(burut)
  • menggurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru dari ketegangan
  • mengurangkan ketegangan pesakiat apendic atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah yang paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • memberi dorongan agar cepat tidur
  • menggerakan otot bahu, dada, leher perut seta punggung ketika akan sujud dan bangun ketika sujud
  • pegerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat.
  • menggurangkan kegemukan
  • otak menerima oksigen dan darah dengan banyak
dari segi pisikologi pula,sujud membuatkan kita berasa lebih rendah diri di hadapan maha pencipta, selakigus mengikis sifat sombong, riak , takbur dan sebagainya

dari segi perubatan,kesan sujud yang lama akan menambahakan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migran,meyegarkan otak dan menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang,. menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia tidak dimasuku darah.. sedangka setiap inci otak manusia memerlukan darah untuk berfungsi secara normal dan sempurna,..

.*BILA AL-QURAN MULA BERSUARA.....*

Waktu engkau masih kanak -kanak,kau laksana kawan sejatiku, dengan wuduk aku kau sentuh dengan keadaan suci, aku kau pegang, aku kau junjung dan pelajari, aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari, setelah selesai engkau mencium ku mesra,
sekarang engkau telah pun dewasa..nampaknya engkau sudah tidak berminat padaku,apakah aku tinggal bahan bacaan usang yang tinggal sejarah,?menurutmu aku hanyalah bahan bacaan yang tidak menambahkan pengetahuanmu,atau menurutmu aku hanyalah untuk anak kecil yang belajar mengaji,..sekarang aku tersimpan rapi sekali,sehingga engkau lupa dimana aku tersimpan, aku sudah engkau anggap sebagai pengisi setormu,
kadangkala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa atau aku kau buat penagkal untuk menakutkan iblis dan syaitan,kini aku dibiarkan , disingkirkan..kesepian, didalam almari, laici kau pendamkan...dulu pagi-pagi surah -surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman,..diwaktu petang-petang kau baca ku di surau bersama teman-temanmu.
sekarang seawal pagi ..sedang menghirup kopi..engkau baca surat khabar dahulu...waktu lapang engkau baca buku karangan manusia,sedangkan aku yang berisi ayat-ayat dari ALLAH AZZAWAJALLA,..engkau abaikan dan lupakan..
waktu berangkat kerjapun engkau lupa baca pembuka surahku,dalam perjalanan engkau lebih suka mendengar musik duniawi, tiada satu keset pun yg berisi ayat-ayatku..di dalam kereta mu,
bila malam engkau sanggup bersengkang mata utk lihat tv,tapi utk bacaku tiada masa
seingatku hanya waktu awal ramadhan engkau membacaku kembali,itupun hanya beberapa lembar,dengan suara dan lafaz yg x semerdu dulu,engkau kini teragak -agak membacaku,
jika engkau baca ku selalu dan engkauhayati,dikuburmu nanti aku akan dtg sebagai pemuda yg gagh nantampan,yg akan membantu engkau membela diri,peganglah aku kenbali..bacalah aku kenbali, kerana ayat-ayat yg ada padaku ialah ayat-ayat suci.bacalah dan pelajari aku lgi, setiap datangnya pagi, petang , malam walupun secebis ayat.seperti dulu sewaktu engkau masih kecil, disurau kecil di kampungmu yg damai,jangan aku kau biarakan dlm keadaan bisu dan sepi