I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 9, 2011

LaFaz YaNg TerSimPaN

luluh hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
kasih zahirkan laku
sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

dan raut tuamu membekas jiwaku
meredakan rindu mendamaikan kalbu
tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
biarpun kuredah seluruh dunia
mencari gantimu

betapa sukarnya menyusun bicara
meluarkan rasa menutur sayang
kasih  yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

masihku biarkan waktu
melarikankan lafaz kasihku padamu

mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat cinta yang merona
jika hanya renungan mata yang bersuara
bukan tutur kata

tiada lagi ertinya  pengucapan
andai akhir nafas di hujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan

untuk ayah sempena 'hari ayah' from ~ :-D NuR aDliNA AqiLaH BintI MuHammAd SuiMI..
time buat post ini ayah tgh berada kat Kedah atas urusan kerja...hope ok..ok.je kat san ..hehehehe <3

No comments:

Post a Comment