I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 24, 2011

Kualiti Iman seorang Muslim

Hadis :
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Tanda cintakan Allah S.W.T ialah mengingati Allah S.W.T  (zikrullah)  dan tanda Allah  S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah" Baihaqi

Keterangan :

  1. ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cinta akan Allah kerana ia merupaka kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seseorang muslim yang sebenar
  2. antara sifat mereka ialah mereka merasa bahagia mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir,mengerjakan sembahyang,membaca Al-Quran dan sebagainya, sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimat-kalimat Allah dan malas untuk berzikir(mengingati Allah) jauh sekali untuk mengingati Allah.
  3. sesungguhnya orang yang mengingati Allah  (dikala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan  daripada Allah S.W.T , kehidupannya sentiasa terkawal dan sentiasa terpimpin,, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat,.sebaliknya mereka yang lalai Akan Allah, kehidupannya akan kosong, kecewa..dan hampa


Rasulullah bersabda:
"sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain, walaupun dengan sepotong ayat"

sekian , Wasalam.

No comments:

Post a Comment