I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 21, 2011

Puasa Bulan Rejab

Hadis Rasulullah SAWyang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang bermaksud : " Rejab adalah bulan Allah,Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

dari hadis tersebut dan juga banyal lagi hadis baginda menunjukkan bahawa ketiga-tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Islam mengerjakan berbagai-bagai amal ibadah, yang diberi sebesar-besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.

FADILAT PUASA REJAB

Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat
paling jika dapat di kerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan rejab, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW

menurut maksud sebuah hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan rejab, maka Allah S.W.T menyeru kepadanya" Telah wajib hakmu atas Ku, mintalah olehmu kepada Ku.Demi ketinggian dan kebesaran Ku.Tidak akan aku tolak hajat mu.Engkau adalah jiran Ku dibawah Arasy Ku. Engkau kekasih Ku daripada semua makhluk Ku. Engkau mulia di sisi  Ku.Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara aku dan engkau"

  • berpuasa sunat rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
  • berpuasa sunat rejab 19 hari , dibinakan sebuah mahligai di syurga
  • berpuasa sunat rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga
  • berpuasa sunat rejab 15 hari, diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun 'menurut Sayidina Ali'
  • berpuasa sunat rejab14 hari,diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun 'menurut Sayidina Ali'
  • berpuasa sunat rejab 13 hari diberi pahala seperti berpuasa tiga riby tahun 'menurut Sayidina Ali'
  • berpuasa sunat rejab 10 hari , akan diberi dua sayap untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratal-Mustaqim pada hari Kiamat
  • berpuasa sunat rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk syurga
  • berpuasa sunat rejab 8 hari.akan di bukakan 8 pintu syurga
  • berpuasa sunat rejab 7 hari,.akan ditutup 7 pintu neraka di hari kiamat
  • berpuasa sunat rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur dengan muka bercahaya..pada hari kiamat
  • berpuasa sunat rejab5 hari ,di amankan dari azab kubur
  • berpuasa sunat rejab 4 hari, akan dijauhkan dari bala bencana dan penyakit yg berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat
  • berpuasa sunat rejab 3 hari, akan dibina benteng yang menghalang ke neraka pada hari kiamat
  • berpuasa sunat rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya
  • berpuasa sunat rejab sehari diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun diberi minum air syurga dan pahala spt mengerjakan ibadat seumur hidupnya

No comments:

Post a Comment