I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 28, 2011

JODOH ITU KETENTUAN ALLAH

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
"Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya."
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
"…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat."
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.



NOTA ARTIKEL
Saya hanya ada dua rumusan yang boleh dibuat tentang soal hati:
1. Kita Diseru Untuk Memilih Pasangan Hidup
Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1-4:
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم
يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا
(1)
وَءاتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا
(2)
وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا
(3)
وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا
(4)
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
"Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa"
mesra.net. Disusun oleh Che Ahmad)Nasbunnuraini)

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya."
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:
"…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah"
Sabda Nabi SAW:
"Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat"
(HR.Thabrani).
Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.
Bila?
Berapa lama?
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:
"Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu."
(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)

Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.
Manusia hanya menggunakan 15% daripada akalnya dan 85% daripada hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan, cuma, bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu jodoh kita?
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1) Bersahaja
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2) Senang bersama
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3) Terima kita seadanya
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4) Sentiasa jujur
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5) Percaya Mempercayai
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6) Senang Bekerjasama
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7) Memahami diri kita
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8) Tampilkan kelemahan
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9) Kata hati
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10) Mimpi
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
NOTA:
Solat Istikharah
(sumber:
Berkenaan mimpi petunjuk – "Saya tak jumpa mana-mana hadis yang menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi. Yang disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati. Hadith tersebut menyebut, setelah istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah itu. Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan sepenuhnya kepada Allah. Jangan pula kita ada preference dalam hati waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan, bukan petunjuk dari Allah." (rahim11)

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Perintah Allah agar kita memilih jodoh masing-masing dan berkahwin demi mencari keredhaan-Nya dikuatkan lagi oleh hadis ini:
"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."
2. Ketentuan Tuhan
Sebuah hadis ada menyebut:
Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.
"Jodoh ketentuan di tangan Tuhan".
Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.
NOTA TAMBAHAN
Gunakan Akal & Ikut Gerak Hati

(Dipetik daripada hasil perbincangan dalam forum
Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.

Sumber: iLuvislam Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Friday, December 23, 2011

PMR 2011 'penentu kehidupan'

Assalamualikum w.b.t
korang !
wah,
sejak dua menjak cuti sekolah nie.
adlina dh malas nak update blog.
boring ,hnya duduk rumah,jadi suri rumah tangga  kepasa Puan Azura sepenuh masa..
 hanya buat homework yang boleh dikatakn banyak juga laah..
hehehe..
and lagi satu duduk mengumpul lemak, ehhh, tak de laaa..
______________
hah,
adlina nak bagi tahu korang semua nie.
yang sekolah adlina, hanya dapat seorang shja yang 9 a's ..
wah,.kecewanya..
tap tak apa..tahun depan kami calon PMR 2012 akan mengegarkn sekolah dengan resuLt yang bagus.
ameen !
Tahniah diucapkan kepada Akak Ikmaliah atilah binti Rohaidi :)

wa'alaikumusalam, semua

Tuesday, November 29, 2011

Berhemah Dlm menegur

Asalamualikum w.bt.
kpd semua readers..blog ini.
hrum,..
sebelum itu..dengan perasaan tulus ikhlas dari hati adlina..adlina nk minta maaf kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri adlina ini...atas segala kemungkara y adlina telah buat pada siri kamu semua.

ye..adlina salah..
ye adlina salah..
ye ..adlina salah
Ya Allah hukum lah hamba mu ini...

aku bukan malaikat..
aku akan sentiasa melakukan dosa..
jadi kalian semua sebagai sahabat-sahabatku..
tolong tegurlah aku..

Tpi...
..........

‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;

 “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

 ‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Panduan

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.
Conthnya: tidak merendahkan ego ialah..kite menegur orang itu ditempat yang terbuka,.tidak kiralah di laman sesewang atau disekitar anda pada masa itu..dengan cara itu kita akan membuat air muka seseorang itu jatuh..kita tidak sepatutnya menjatuhkan maruah seseorang..tegur lah secara tertutup itu lebih baik..kadangkala ia akan mengadai sebuah tali persahabatn atau kekeluargaan..
tetapi, apa yang kita dapat lihat sekarang lebih ramai orang yang berbuat demikian.

 Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,

''Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

''Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda,

''Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan''.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.
Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.
Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

wasalam,.yang baik datangnya dari Allah swt...yang buruk datangnya dari diri saya sendiri

Thursday, November 10, 2011

Kisah Nabi Lut'h dan Kaumnya

Assalamualikum reader's blog adlina..:)
Hrum, post kali nie..ada kene mengena dgn isu y tgh hangat dibicarakan di media massa mahupon media cetak..
betul tak?
So,.Korang mesti tahu kan?
adlina tahu readers-readers blog kite memang pandai-pandai belakO
Hrum, Tak tahu lh ape nak jdi dgn dunia sekarang nie ekk?

Banyakanlh berdoa..
Jom Hayati
coretan dibawah nie.


Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan . Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.
Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadum
Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.
Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.
Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerang kepada mereka bahawa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
Allah SWT berfirman:
“Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul. Ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” (QS. asy-Syu’ara: 160-163)
Dengan kelembutan dan kasih sayang semacam ini, Nabi Luth berdakwah kepada kaumnya. Beliau mengajak mereka untuk hanya menyembah kepada Allah SWT yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan melarang mereka untuk melakukan kejahatan dan kekejian. Namun dakwah beliau berhadapan dengan hati yang keras dan jiwa yang sakit serta penolakan yang berasal dari kesombongan.
Kaum Nabi Luth melakukan berbagai kejahatan yang tidak biasa dilakukan oleh penjahat manapun. Mereka merampok dan berkhianat kepada sesama teman serta berwasiat dalam kemungkaran. Bahkan catatan kejahatan mereka ditambah dengan kejahatan baru yang belum pernah terjadi di muka bumi. Mereka memadamkan potensi kemanusiaan mereka dan daya kreativiti yang ada dalam diri mereka. Yaitu kejahatan yang belum pernah dilakukan seseorang pun sebelum mereka di mana mereka berhubungan seks dengan sesama kaum lelaki (homo seks).
Allah SWT berfirman:
“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).” (QS. an-Naml: 54-55)
Nabi Luth menyampaikan dakwah kepada mereka dengan penuh ketulusan dan kejujuran, namun apa gerangan jawapan dari kaumnya:
“Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan: ‘Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwahkan dirinya) bersih.’” (QS. an-Naml: 56)
Mengapa mereka menjadikan sesuatu yang patut dipuji menjadi sesuatu yang tercela yang kemudian harus diusir dan dikeluarkan. Tampak bahawa jiwa kaum Nabi Luth benar-benar sakit dan mereka justru menganiaya diri mereka sendiri serta bersikap angkuh terhadap kebenaran. Akhirnya, kaum lelaki cenderung kepada sesama jenis mereka, bukan malah cenderung kepada wanita. Sungguh aneh ketika mereka menganggap kesucian dan kebersihan sebagai kejahatan yang harus disamakan. Mereka orang-orang yang sakit yang justru menolak ubat dan memeranginya. Tindakan kaum Nabi Luth membuat had beliau bersedih. Mereka melakukan kejahatan secara terang-terangan di tempat-tempat mereka. Ketika mereka melihat seorang asing atau seorang musafir atau seorang tamu yang memasuki kota, maka mereka menangkapnya. Mereka berkata kepada Nabi Luth, “sambutlah tamu- tamu perempuan dan tinggalkanlah untuk kami kaum lelaki.” Mulailah perilaku mereka yang keji itu terkenal.
Nabi Luth memerangi mereka dalam jihad yang besar. Nabi Luth mengemukakan argumentasi. Hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun berlalu, dan Nabi Luth terus berdakwah. Namun tak seorang pun yang mengikutinya dan tiada yang beriman kepadanya kecuali keluarganya, bahkan keluarganya pun tidak beriman semuanya. Isteri Nabi Luth kafir seperti isteri Nabi Nuh:
“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang- orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): ‘Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka.’” (QS. at-Tahrim: 10)
Jika rumah adalah tempat istirahat yang di dalamnya seseorang mendapatkan ketenangan, maka Nabi Luth terseksa, baik di luar rumah mahupun di dalamnya. Kehidupan Nabi Luth dipenuhi dengan mata rantai penderitaan yang keras namun beliau tetap sabar atas kaumnya. Berlalulah tahun demi tahun tetapi tak seorang pun yang beriman kepadanya, bahkan mereka mulai mengejek ajarannya dan mengatakan apa saja yang ingin mereka katakan:
“Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang- arang yang benar.” (QS. al-’Ankabut: 29)
Ketika terjadi hal tersebut, Nabi Luth berputus asa kepada mereka dan ia berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya dan menghancurkan orang- orang yang membuat kerosakan. Akhirnya, para malaikat keluar dari tempat Nabi Ibrahim menuju desa Nabi Luth. Mereka sampai saat Ashar. Mereka mencapai pagar-pagar Sudum. Sungai mengalir di tengah-tengah tanah yang penuh dengan tanaman yang hijau.
Sementara itu, anak perempuan Nabi Luth berdiri sedang memenuhi tempat airnya dari air sungai itu. Ia mengangkat wajahnya sehingga menyaksikan mereka. Ia tampak kehairanan melihat kaum lelaki yang memiliki ketampanan yang mengagumkan. Salah seorang malaikat bertanya kepada anak kecil itu: “Wahai anak perempuan, apakah ada rumah di sini?” Ia berkata (saat itu ia mengingat kaumnya), “Hendaklah kalian tetap di situ sehingga aku memberitahu ayahku dan kemudian akan kembali pada kalian.” Ia meninggalkan wadah airnya di sisi sungai dan segera menuju ayahnya.
“Ayahku, ada pemuda-pemuda yang ingin menemuimu di pintu kota. Aku belum pernah melihat wajah-wajah seperti mereka,” kata anak itu dengan nada gugup. Nabi Luth berkata kepada dirinya sendiri: Ini adalah hari yang dahsyat. Beliau segera berlari menuju tamu-tamunya. Ketika Nabi Luth melihat mereka, beliau merasakan kehairanan yang luar biasa. Beliau berkata: “Ini adalah hari yang dahsyat.” Beliau bertanya kepada mereka: “Dari mana mereka datang dan apa tujuan mereka?” Mereka malah terdiam dan justru memintanya untuk menjamu mereka.” Nabi Luth tampak malu di hadapan mereka, kemudian beliau berjalan di depan mereka sedikit lalu beliau berhenti sambil menoleh kepada mereka dan berkata: “Saya belum mengetahui kaum yang lebih keji di muka bumi ini selain penduduk negeri ini.” Beliau mengatakan demikian dengan maksud agar mereka mengurungkan niat mereka untuk bermalam di negerinya. Namun mereka tidak peduli dengan ucapan Nabi Luth dan mereka tidak memberikan komentar atasnya.
Nabi Luth kembali berjalan bersama mereka dan beliau selalu berusaha untuk mengalihkan pembicaraan tentang kaumnya. Nabi Luth memberitahu mereka bahawa penduduk desanya sangat jahat dan menghinakan tamu-tamu mereka. Di samping itu, mereka juga membuat kerosakan di muka bumi dan seringkali terjadi pertentangan di dalam desanya. Pemberitahuan tersebut dimaksudkan agar para tamunya membatalkan niat mereka untuk bermalam di desanya tanpa harus melukai perasaan mereka dan tanpa menghilangkan penghormatan pada tamu. Nabi Luth berusaha dan mengisyaratkan kepada mereka untuk melanjutkan perjalanannya tanpa harus mampir di negerinya. Namun tamu-tamu itu sangat menghairankan. Mereka tetap berjalan dalam keadaan diam. Ketika Nabi Luth melihat tekad mereka untuk tetap bermalam di kota, beliau meminta kepada mereka untuk tinggal di suatu kebun sehingga datang waktu Maghrib dan kegelapan menyelimuti segala penjuru kota. Nabi Luth sangat bersedih dan dadanya menjadi sempit. kerana rasa takutnya dan penderitaannya sehingga ia lupa untuk memberi mereka makanan. Kegelapan mulai menyelimuti kota. Nabi Luth menemani tiga tamunya itu berjalan menuju rumahnya. Tak seorang pun dari penduduk kota yang melihat mereka. Namun isterinya melihat mereka sehingga ia keluar menuju kaumnya dan memberitahu mereka kejadian yang dilihatnya. Kemudian tersebarlah berita dengan begitu cepat dan selanjutnya kaum Nabi Luth menemuinya. Allah SWT berfirman:
“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: ‘Ini adalah hari yang amat sulit.’ Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergesa-gesa. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji.” (QS. Hud: 77-78)
Mulailah terjadi hari yang sangat keras. Kaum Nabi Luth bergegas menuju padanya. Nabi Luth bertanya pada dirinya sendiri: “Siapa gerangan yang memberitahu mereka?” Kemudian ia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari isterinya namun ia tidak menemuinya. Maka bertambahlah kesedihan Nabi Luth.
Kaum Nabi Luth berdiri di depan pintu rumah. Nabi Luth keluar kepada mereka dengan penuh harap, bagaimana seandainya mereka diajak berfikir secara sehat? Bagaimana seandainya mereka diajak menggunakan fitrah yang sehat? Bagaimana seandainya mereka tergugah dengan kecenderungan yang sehat terhadap jenis lain yang Allah SWT ciptakan untuk mereka? Bukankah di dalam rumah mereka terdapat kaum wanita? Seharusnya wanitalah yang menjadi kecenderungan mereka, bukan malah mereka cenderung kepada sesama lelaki.
“Dia berkata: ‘Hai kaumku, inilah puteri-puteri (negeriku) mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal.” (QS. Hud: 78)
“Inilah puteri-puteri (negeriku).” Apa yang dimaksud dengan pernyataan tersebut? Nabi Luth ingin berkata kepada mereka: “Di hadapan kalian terdapat wanita-wanita di bumi. Mereka lebih suci bagi kalian dalam bentuk kesucian jiwa dan fizik. Ketika kalian cenderung kepada mereka, maka kecenderungan itu merupakan pelaksanaan dari fitrah yang sehat.” “Maka bertakwalah kalian kepada Allah.” Nabi Luth berusaha menjamah jiwa mereka dari sisi takwa setelah menjamahnya dari sisi fitrah. Bertakwalah kepada Allah SWT dan ingatlah bahawa Allah SWT mendengar dan melihat serta akan murka dan menyeksa orang-orang yang derhaka. Seharusnya orang yang berakal sehat menghindari murka- Nya.
“Dan janganlah kalian mencemarkan namaku terhadap tamuku ini.” Ini adalah usaha gagal dari beliau yang mencuba menggugah kemuliaan dan tradisi mereka sebagai orang Badwi yang harus menghormati tamu, bukan malah menghinakannya. “Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?” Tidakkah di antara kalian terdapat orang yang mempunyai fikiran yang sehat? Tidakkah di antara kalian terdapat laki-laki yang berakal? Apa yang kalian inginkan jika memang terwujud, maka itu hakikat kegilaan. Akal adalah sarana yang tepat bagi kalian untuk mengetahui kebenaran. Sesungguhnya perkara tersebut sangat jelas kebenarannya jika kalian memperhatikan fitrah, agama, dan harga diri.” Kaumnya menunggu hingga beliau selesai dari nasihatnya yang singkat lalu mereka tertawa terbahak-bahak. Kalimat Nabi Luth yang suci itu tidak mampu mengubah pendirian jiwa yang sakit, hati yang beku, dan fikiran yang bodoh:
“Mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.’” (QS. Hud: 79)
Demikianlah tampak dengan jelas bahawa kebenaran tersembunyi di balik pengkaburan, suatu hal yang diketahui oleh dunia semuanya. Mereka tidak mengatakan kepadanya apa yang mereka inginkan kerana dunia mengetahuinya dan selanjutnya ia juga mengetahui, yakni isyarat yang buruk pada perbuatan yang buruk.
Nabi Luth merasakan kesedihan dan kelemahannya di tengah-tengah kaumnya. Dengan marah Nabi Luth memasuki rumahnya dan menutup pintu rumahnya. Ia berdiri mendengarkan tertawa dan celaan serta pukulan terhadap pintu rumahnya. Sementara itu, orang-orang asing yang dijamu oleh Nabi Luth tampak duduk dalam keadaan tenang dan terpaku. Nabi Luth merasakan kehairanan dalam dirinya ketika melihat ketenangan mereka. Dan pukulan-pukulan yang ditujukan pada pintu semakin kencang. Mulailah kayu-kayu pintu itu tampak rosak dan lemah, lalu Nabi Luth berteriak dalam keadaan kesal:
“Luth berkata: ‘Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).’” (QS. Hud: 80)
Nabi Luth berharap akan mendapatkan kekuatan sehingga dapat melindungi para tamunya. Beliau mengharapkan seandainya terdapat benteng yang kuat yang dapat melindunginya, yaitu benteng Allah SWT yang di dalamnya para nabi dan kekasih-kekasih-Nya dilindungi. Berkenaan dengan hal itu, Rasulullah berkata saat membaca ayat tersebut: “Allah SWT menurunkan rahmat atas Nabi Luth. Ia berlindung pada benteng yang kukuh.” Ketika penderitaan mencapai puncaknya dan Nabi Luth mengucapkan kata-katanya yang terbang laksana burung yang putus asa, para tamunya bergerak dan tiba-tiba bangkit. Mereka memberitahunya bahawa ia benar-benar akan terlindung di bawah benteng yang kuat:
“Para utusan (malaikat) berkata: ‘Hai Luth sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-sekali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu.” (QS. Hud: 81)
Jangan berkeluh kesah wahai Luth dan jangan takut. Kami adalah para malaikat, dan kaum itu tidak akan mampu menyentuhmu. Tiba-tiba pintu terbelah. Jibril bangkit dan ia menunjuk dengan tangannya secara cepat sehingga kaum itu kehilangan matanya. Lalu mereka tampak serampangan di dalam dinding dan mereka keluar dari rumah dan mereka mengira bahawa mereka memasukinya. Jibril as menghilangkan mata mereka.
Allah SWT berfirman:
“Dan sesungguhnya mereka telah membujuknya (agar menyerahkan) tamunya (kepada mereka), lalu kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal.” (QS. al-Qamar: 37-38)
Para malaikat menoleh kepada Nabi Luth dan memerintahkan kepadanya untuk membawa keluarganya di tengah malam dan keluar. Mereka mendengar suara yang sangat mengerikan dan akan menggoncangkan gunung. Seksa apa ini? Ini adalah seksa dari bentuk yang aneh. Para malaikat memberitahunya bahawa isterinya termasuk orang-orang yang menentangnya. isterinya adalah seorang kafir seperti mereka, sehingga jika turun azab kepada mereka, maka ia pun akan menerimanya.
Keluarlah wahai Luth kerana keputusan Tuhanmu telah ditetapkan. Nabi Luth bertanya kepada malaikat: “Apakah sekarang akan turun azab kepada mereka?” Para malaikat memberitahunya bahawa mereka akan terkena azab pada waktu Subuh. Bukankah waktu Subuh itu sangat dekat?
Allah berfirman SWT:
“Pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kalian yang tertinggal, kecuali isterimu Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka adalah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?” (QS. Hud: 81)
Nabi Luth keluar bersama anak-anak perempuannya dan isterinya. Mereka keluar di waktu malam. Dan tibalah waktu Subuh. Kemudian datanglah perintah Allah SWT:
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. ” (QS. Hud: 82-83)
Para ulama berkata: “Jibril menghancurkan dengan ujung sayapnya tujuh kota mereka. Jibril mengangkat semuanya ke langit sehingga para malaikat mendengar suara ayam-ayam mereka dan gonggongan anjing mereka. Jibril membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. Saat terjadi kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu- batu dari neraka Jahim. Yaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. Neraka Jahim terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Luth musnah semuanya. Tiada seorang pun di sana. Semua kota- kota hancur dan ditelan bumi sehingga terpancarlah air dari bumi. Hancurlah kaum Nabi Luth dan hilanglah kota-kota mereka. Nabi Luth mendengar suara-suara yang mengerikan. isterinya melihat sumber suara dan dia pun musnah.”
Allah SWT berfirman tentang kota-kota Luth:
“Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi, dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkannya.” (QS. ash-Shaffat: 137-138)
“Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).” (QS. al-Hijr: 76)
“Lalu Kami keluarkan orang-orang yang beriman yang berada di negeri kaum Luth itu. Dan Kami tidak mendapati di negeri itu, kecuali sebuah rumah dari orang-orang yang berserah diri. Dan Kami tinggalkan pada negeri itu suatu tanda bagi orang-orang yang takut kepada seksa yang pedih. ” (QS. adz-Dzariyat: 35-37)
Yakni ia adalah bukti kekuasaan Allah SWT yang zahir. Para ulama berkata: “bahawa kota-kota yang tujuh menjadi danau yang aneh di mana airnya asin dan deras airnya lebih besar dari derasnya air laut yang asin. Dan di dalam danau ini terdapat batu-batu tarnbang yang mencair. Ini mengisyaratkan bahawa batu-batu yang ditimpakan pada kaum Nabi Luth menyerupai butiran-butiran api yang menyala. Ada yang mengatakan bahawa danau yang sekarang bernama al-Bahrul Mayit yang terletak di Palestina adalah kota-kota kaum Nabi Luth.”
Tamatlah riwayat kaum Nabi Luth dari bumi. Akhirnya, Nabi Luth menemui Nabi Ibrahim. Beliau menceritakan berita tentang kaumnya. Beliau hairan ketika mendengar bahawa Nabi Ibrahim juga mengetahuinya. Nabi Luth terus melanjutkan misi dakwahnya di jalan Allah s.w.t seperti Nabi Ibrahim. Mereka berdua tetap menyebarkan Islam di muka bumi.
Kisah Nabi Luth Di Dalam Al-Quran
Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah “Al-Anbiyaa” ayat 74 dan 75 , surah “Asy-Syu’ara” ayat 160 sehingga ayat 175 , surah “Hud” ayat 77 sehingga ayat 83 , surah “Al- Qamar” ayat 33 sehingga 39 dan surah “At-Tahrim” ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.

Tuesday, November 8, 2011

Duhai Muslimah Moden !

Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.
Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.
Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?
1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.
Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.
Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?
Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.
2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.
Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?
Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.
Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.
Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?
Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Dari Aku

---> drpd sujud kaki kekasih, baik sujud kpd Allah

--->Drpd cium kekasih, baik cium Tikar Sejadah

--->Drpd pegang tangan kekasih, baik Pegang Al-Quran

--->Drpd menangis untuk kekasih, baik menangis memohon Ampun drpd Allah

--->Drpd peluk kekasih, baik peluk Mak dan Ayah

---> Drpd kejar CINTA, baik kejar CITA-CITA

Ragam Bila Dah Bertunang

Bacalah yer sampai habis walaupun panjang sikit pun..

Situasi 1 :
Ketika ahmad dan zul tengah rancak bersembang...tiba-tiba datang Leha yang baru habis kuliahnya....terus menuju kepada Ahmad,salam dan cium tangan Ahmad....


Leha : Assalamualaikum abang...maaf lambat..tadi lecturer bagi extra kelas.
Ahmad : Waalaikumussalam...owh..xper2..abang pun baru je sampai..kebetulan jumpa Zul...
Zul : amboi sopannya...eh...ahmad...bini kau ke nih..owh..kawin tak bagitau member pun eh...
Ahmad : taklah...tunang aku...

Dengan slumber...Ahmad dan Leha yang membonceng motosikal terus berlalu meninggalkan Zul yang terpinga-pinga macam orang tak jumpa jalan balik...

Situasi 2 :
Selepas hampir 1 jam Rita "bergayut" di telefon....tiba-tiba datang Ina dari biliknya..

Ina : wahhhh..lamanya bergayut kat telefon...kalu ader dahan..dah lama patah tuh...ko bergayut ngan sape tuh...
Rita : Ala..dengan tunang aku lah..bukannya pakwe pun...salah ke...sebab tuh la kalau boleh...aku nak bagitau semua orang yang aku dah tunang supaya tak adalah timbul fitnah kalu aku bergayut lama-lama pun kat telefon...

Situasi 3 :
Nur : wahhhh...sedapnya bau..masak aper nih..eh...hari nih kan giliran aku masak...
Siti : eh..nih aku masak untuk tunang aku lah..jap lagi dia datang...aku nak kasi la dia rasa masakan aku nih..kesian dia asyik makan kat kedai je...

Situasi 4 :
beberapa muslimat sedang rancak berdiskusi...

Mila : Ana,mengharap sangat2 adik2 semua jagalah pergaulan antara muslimin muslimat...jangan selalu berjumpa sangat..kalau ada hal penting...boleh jumpa..tapi biarlah berteman...tak elok..nanti timbul fitnah...kita semua nih dalam persatuan islam...kita bawa nama Islam....tambah-tambah kita semua nih bertudung labuh...Orang semua pandang kita..orang tengok cara kita berkawan...Ana pun sakit mata nih tengok couple2 yang berselerak kat kolej kita nih...asyik berjalan berdua-duaan je...

Lina : betul tuh kak...ana tengok banyak sangat couple2 kat kolej nih...tuh lah tugas kita..nak sedarkan diorang....
Tiba-tiba handphone berbunyi lagu 'ketulusan hati'-aqso dan madina...jeng..jeng..jeng..
Mila : maafkan ana yer...ana ada hal..adik2 sambung la perbincangan kita tadi..ana nak jumpa seseorang sekejap...

Tak lama kemudian....kelihatan Mila meninggalkan sahabat2nya..terus berjumpa tunangnya...dan berjalan berdua-duaan seiringan di tengah2 kolej...ai cik Mila dan si tunang...orang lain perhatikan kamu berdua nih...kata pakai tudung labuh...tak elok la macam tuh cik Mila oi...

Situasi 5 :
Sedang asyik Salima dan Fasehah berjalan2 di tengah2 shopping complex...Tiba-tiba mereka terserempak dengan Qaira dan tunangnya...

Salima : amboi...berdua-duaan tuh....
Tunang Qaira : eh..kami beli barang kahwin...

Situasi 6 :
Suatu hari....karina, zainab dan lily berjalan-jalan di taman untuk menenangkn fikiran setelah seminggu exam...sewaktu hendak pulang ke rumah...

Lily : eh...tuh bukan ke Ramizah..apa hal tunang dia buat kat depan rumah dia tuh....
Zainab : ha'ah lah..apa hal tunang dia datang rumah dia tuh...ishk...tak elok la dia buat macam tuh...dia pakai tudung labuh....aktif usrah...tapi kenapa dia buat macam tuh...
Karina : kak lily...saya rasa lain la tengok macam tuh...saya tau saya nih tak lah pakai tudung labuh..ilmu agama pun tak tinggi mana...kalau macam Ramizah tuh lain lah..pakai tudung labuh..ilmu agama pun tinggi..gayat tuhhh....tapi at least saya tau pergaulan antara lelaki dan perempuan....adab-adab sewaktu bertunang...bukan ke tak elok macam tuh....

Situasi 7 :
Nurul : eh thirah...ada lagi tak jual top up??
Thirah : wahhh..ko nih nurul..tengah2 malam mcm nih nak top up...yer2..ko nak berapa...bukan ke baru 2 hari lepas ko top up RM10...
(untuk pengetahuan...konon2 nya si thirah tuh bisnes top up la)
Nurul : ala thirah..aku meseg2 nih hah..bukan orang lain pun..ngan tunang aku juga...
Berdasarkan situasi-situasi di atas...apa pendapat anda semua...adakah tuh adab2 bertunang dalam islam...

Bertunang tak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri.

Paling sedih sekali...ada tuh yang bawa nama islam...join usrah sana sini...aktif persatuan islam...tapi kenapa tak jaga juga adab2 dalam tempoh bertunang...

takkan selama nih tak tau kot adab2 dalam tempoh bertunang..tuh pun nak kena habaq gak ka???????mai nak ketuk kepala sikit..kasi ingat balik apa yang ustaz ustazah ajar....

Bila ditegur..melenting....naik darah...kata kawan tak faham hati kawan..oit kawan..sebab si kawan tuh faham la dia tegur kawan..kalu kawan tuh tak faham kawan..dibiarkan je kawan..yerlah..ada setengah tuh kata apa..."kubur lain2.."amboi...sedapnya ayat...sekeh kepala kang....

nak ke sebelum tiba hari akad nikah tuh...kita yang mengharapkan redha Allah..tapi bergelumang dengan maksiat...nauzubillah...tolong lah....please lah..nak merayu macam mana lagi..sedarlah...jangan jadikan diri kita nih penfitnah agama...jangan jadikan diri ini..penfitnah kepada muslimat yang cun2 yang bertudung labuh di luar sana....Ada tuh..sebelum bertunang..bukan main tentang dan marah kat sapa2 yang keluar lelaki perempuan...tak jaga ikhtilat...tapi kenapa bila dah bertunang..DIA TAK BUAT PULA APA YANG DIA KATA...LIHAT LAH..KAU SEDANG DIUJI....


"wahai orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"(as-saff : 2-3)

of course lah ada orang akan kata..."ala..tudung labuh pun sama je macam budak perempuan yang lain..keluar juga dengan lelaki...walaupun baru bertunang...meseg2 sayang2..rindu2 gak ngan tunang dia...calling2 tengah2 malam gak ngan tunang dia..sama je semua..tak ada beza pun.."

Hati nih kecewa dengar macam tuh....kecewa yang amat amat amat sangat..nak dirawat pun tak tau macam mana lagi...Sedih...rasa macam dipijak2 kepala..selama nih muslimat yang bertudung labuh jaga maruah...akhirnya...terima padah macam tuh atas sebab kesalahan yang dilakukan sahabat sendiri....

Renung-renungkan lah...Fikir-fikirkan lah...adakah kita terlibat sama...

Psssttt....ana pun risau sama nih..ana dah tulis macam nih...ana pun akan diuji juga suatu hari nanti...
Wallahualam....


p/s: copy & paste
sharing is caring



Tuesday, October 4, 2011

Assalamualikum,
wah
dh lama adlina tak post something kat sini
adlina busy lah
tambahan lagi nak final year exam
malas dan tak ada masa naj post
bila time nak post something je
mesti dowload speed broadband niy lembab

tak pe ,..nanti adlina tukar ..tak nak guna BB guna wireless pulak

nak bagi tahu niy
adlina happy sangat-sangat bila dapat tahu abang faid kite ..duapupu kita lah
dia nak tunang
dan
yang paling mengejutkan kita ialah
bakal tunang dia "sebenarnya dh jdi tunang abg faid dh ary sabtu lepas"
tunang dia kakak kepada siti kahdijah bt ngabdullah..iaitu ct tuh kawan aku..
arrrr
tak ku sangka dan tak kuduga
terkejut berok
ct pon satu bukan nak bgi tahu aq
dia diam je, buat mcm x de apa2 yg berlaku
siti tak lama lagi kita jdi besan
walaweyh, happy sungguh aku

Monday, September 26, 2011

Rompak dan Pukau

Assalamualikum, reader blogniy,.
sudah agak lama,.atau lebih tepat lagi sudah berabad lamanya
jari jemari adlina tak mengepos sebarang coretan di blog ini.
maaf diberi atas perkara itu.
mesti korang merungutkan sebab tak ada pos terbarukan?


Ya Allah, adlina busy sesangat..sejak kebelakangn ini..
sibuk dengan hal-hal disekolah
sibuk dengan hal-hal dirumah
sibuk dengan hal-hal dihospital
sibuk dengan hal-hal peribadi
sibuk dengan hal-hal saya sendiri

sibuk -sibuk semedang je..kalag perdana menteri tau.
masa tak bagi peluang untuk kita berehat
tercungap-cungap mencari masa.

ok dh..dh nanti makin adlina merepek meraban kebenda lain
so
straight to de lift

Ya Allah, betul ke dengan berita yang aku , guru-guru dan rakan sekelasku yg lain baru terima dari abang ili amira?

ketika itu kelas sains
kereta satria merah milik abgnya meluncur laju memasuki kawasan sekolah,..
membawa berita yang rumahnya dirompak orang

Perasaan takut,cuak,tak sedap hati menguasai diri.
suasana kelas macam lain macam je
tetiba senyap.
dan masing
masing terkebil-kebil macam kene sampuk dengan hantu

terkejut tak terkata...tetapi bgi keluarga kawan ku ili amira pasti mereka lagi terkejut.
ketika itu dah lah ibunya pergi kursus
tiggalah abgnya dirumah
mengikut kata-kata wartawan yang tak bertauliah yang aku tanya a.k.a kwn2
mereka ckp sasaran perompak adalah bilik parents ili
barang kemas ,.duit ,..perhiasan dan sebuah laptop berjaya dibawa lari..

tambahannya lagi,..menurut kawan2 yg jdi wartawan x bergaji ..ketika abg nya sedar dri tidurnya..dia mcm tak ingat apa2 mcm kene pukau lah ..gitu

aku tumpang simpati,.

ili dan keluarga ku harap ..kamu semua tabah menerima takdir ini
banyak2 doa agar
mereka2 itu ditangkap ..

aku sentiasa menyokong dan mendoakan mu dari belakang

Always Be There


Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard

There’s no way to turn                                      
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji & Maher Zain
Melody: Maher Zain
Arrangement: N/A
Copyright: Awakening Records 2009

Sunday, September 11, 2011

3 kemalangan dalam satu hari

Ya,.Allah korang boleh bayangkan tak??
3 kemalangan yang berlaku dalam satu hari
adlina nampak benda tuh berlaku depan mata adlina sendiri dalam 1 hari..

dakam perjalanan balik dan pergi ke open house

kejadian pertama

di depan jalan perkuburan orang kristian dan orang cina dekat-dekat kuil keling kat sepang uhh
3 kerta accident...boleh di klasifikasikan teruk..
mesti nk laju je kan
ye lah
masa tuh dah lah hujan
jalan licin
bawak laju-laju lagi


kejadian kedua,

di bukit pelanduk
kat simpang kedai moto tuh

Ya,Allah kite org dh gerun dh time tuh kereta kita org dikepung oleh org ramai
kite org stuck kat situ..
takut
x tahu lah org tuh accident kot
adA moto tunggang langgang kat situ
past tu plg menakutkan ada adengan gaduh'
tumbuk menumbuk antara org melayu and cina
cina tuh kene gari
and kita rasa dua org pemuda yg naik moto LC tuh pon bukan muka org sini
org luar niy

Kejadian ketiga berlaku berhampiran rumah saya..
tepat tepat kat kedai satey..kwn sek rendah sy
kereta org uhh langga tiang
and terus masuk longgkang

pelik kan
macam man boleh accident padahal jalan kat situ lurus dan elok ja x da lobang2

ermm, ketentuan Allah sapa tahu??

setibanya kat rumah adlina..makngah tlog hntar'
makngah ckp syukur alhamdulillah perjalan kita selamat 'amin":D

Eh,apa niy ~ Jangan Pegang Saya~

Assalamualikum korang,
hui
dah lama adlina tak update blog niy kan?? maaf ye busy sesangat..~
hari niy terasa rajin pulak nak update ~ ada cerita baru ~

Korang perasan tak tajuk post kali ini ..macam lain je bunyi nya
ha ha ha
jom-jom baca kisah niy...kisah yang dilalui oleh adlina niy~

Pada 11/9/2011

Tempat : ermm kampung apa ekk nama dia ..entah adlina sendiri pon x ingat

ok..pada hari itu..adlina pergi rumah terbuka kawan makngah kite...
makngah ajak..kita ikot lah sebab kalu duduk rumah bukan buat apa-apa pon..baik pergi jalan-jalan..dapat juga cuci mata menengok keindahan alam ciptaan tuh ini

adoii..den terlupa pulak..yang rumah kawan makngah den niy ha..undanganya ramai lelaki..sebab kat tempat koje makngah den uhh ramai budak lelaki lopasan SPM wat keje sementara ja..sebelum sambung study dieorang..so..makngah den jo lah perempuan dlm uh..

makngah den dah anggap dieorwang niy adik-adiknya sendiri~
so..rapat lah kan??
ok adlina x nk cerita pasal bdk-bdk niy
den nk cerito
pasal........

sowang budak niy masih bdk lgi baru lopas SPM kot...dia niy kwn kerje my makngah jugak..time dia dtg..den terkejut beruk lah...
dalam hati dah cakap..
"apasal lah mamat tak cukup seringgit niy buat fesyen rambut entah apo2 niy..,pacak sebelah..past uh sebelah nya lgi gunting belang2..mcm gaya bdk-budak punk pon ada jugak entah lah" muka boleh lah tahan..tapi sayang...jdi mcm tuh pulak dh..

dia salam lah tuan punya rumah..adlina tengah kusyuk dok baca surat khabar berita harian ..niy..then dia menuju kearah kami..korang nak tahu tak..dia ..dia...dia..dia.."alamak den gagap pulak"

dia.hulur tangan nak bersalam dengan adlina...
mau nya aku terkejut berok..
sekali dia hulur
adlina terus tarik tangan adlina dari pegang paper and berpeluk tubuh...
sambil tergeleng-geleng kepala isyarat tak nak salam dgn dia...muka lak pandang muka dia..
adlina dpt tengok muka dia macam berlerut-kerut and macam terkejut sebab kita tak sambut huluran tangan dia..nk salam
Ya,.Allah kalau korang tengok masa tuh adlina takut giler..gelabah tak tentu hala..mak..tolong mak..

nk je aku ketuk kepala mamat niy..dh umur 18 thu kot x kan tak tahu kot perempuan mana boleh bersentuhan kulit dengan lelaki yg bukan mahramnya..adoi..tengok gaya dia pon dh tahu..cetek sgt....hish..kalau x da orang tadi dh lama aku hempuk-hempuk badan mamat niy sampai lunai
...
and boleh pulak nak mengorat aku..eee nk je bgi pelempang..tunjuk isyarat calling-calling dia..eee menyampah..past uh jeling-jeling orang cucuk mata tuh baru ...

and boleh lak dia tanya kat budak kecik kat situ yg aku niy dh kawen belom???
korang nk thu x mcm mana aku leh tahu??
sebab masa dia tanya uhh..bdk kecik uhh ckp balik soalan abg uh..yg berbunyi mcm niy.."aaa'aaa kakak uhh dh kawen ke belum??" tak ke sengal tuh..

kawan -kawan dia yg lain pon ada ckp mcm tuh gak..jeling2 lah bagai..

mungkin diaowang nampak cincin kat tangan niy kot..ha ha ha sy pakai cincin kawen mak ..mak bgi..lah so pakai je lah mak x marah pon..dh lah sarung kat jari tuh..sesape nampak mesti ingat den dh kawen..

apa-apa je lah...

past tuh masa kat kereta pulak ..dlm perjalanan balik..makngah ckp yang orang yang nak salam kita tdi tuh..anak orang kaya sendayan...
so
so
so
so
what
what
adlina tak
heran lah
anak orang kaya sendayan ke
anak raja ka

Ya,Allah mintak simpang lah,...
so..jgn pegang pengang

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualikum,
pembuka bicara hari ini
sudah lama jari jemari tidak menari nari di papan kekunci ini :D
rindu rasanya perit sekali
untuk berpisah dengan laptop ini

sudah sebulan lamanya kita berpuasa
saya harap penuh semuanya
sedih sekali hati terasa
bulan yang mulia ini sudah tiba dipenghujungnya..

kini umat Islam sedang menunggu2 syawal menjelma
sehari saja masa tuk ditungggu
tidak kira status
kaya
miskin
semua bergembira bersama ahli keluarga
meraikan hari yang mulia ini

tidak lupa akan persiapannya
semua serba baru dan mewah
sungguh sesak jalan raya
demi membuat persiapan ini

di kala kita di selubungi kegembiraan ini, ada juga yang memendam rasa perit dihati
tat kala orang lain bergembira bersama insan yang tersayang
diri itu hanay mampu diam seribu bahasa
otak kembali
memutarkan
memori
bersama insan tersayang
bergitu senang otak melayarkannya
bagai satu filem

saya turut tumpang simpati kepada insan berkenaan
doaku moga pada masa hadapan kelak
kau dikurniakan
kegembiraan
yang kekal
abadi
yang mampu membuat luka yang bagai ditusuk sembilu
itu pulih serta merta
"ameen"

di kesempatan ini Tengku A.K.A Nur Adlina Aqilah Binti Mohammat Suimi
menyusun sepeluh jari
tunduk menyembah hormat
memohon maaf atas segala silap dan salah


Saturday, August 27, 2011

Jangan Cemarkan Agama Islam

Tolonglah..tolonglah sangat-sangat
jangan cemarkan atau calarkan maruah agama Islam di mata orang lain
huh
aku kecewa sesangat..kecewa aku lgi teruk dari kecewa putus cinta
aku kecewa dengan sikap segelintir umat Nabi Muhammad niy
korang nak tahu tak?
apa yang buat aku kecewa

soo...meh sini duduk dpn laptop /computer lek lok..
try baca ini cerita kisah benar niy..tuan punya blog yg nampak

ok ..tersebutlah kesah ....haru...
27/8/2011
6.58 ptg

sy tgh lek lok naik moto kehulu kehilir sebab nak mencari kelapa atau lebih tepat lgi nak pi beli kelapa parut lah...
my makngah suruh..so..nak buat macma mana pergi jer lah..
sy kan budak  baik..

pergi ke satu kedai..ke satu kedai hai..krisis kelapa apa Malaysia niy..."adik kelapa dh habis"
tuh jer lah modal nyer
tiba di satu simpang niy..
haha
di situ lh ramai budak-budak bujang dok melepak jerk keje nyer
aku sesajer arr meliau kan mata ..
aiii
maklumlah den kan dh lama tak cuci mata tengok persekitaran kampungn niy..
then at the main point..korena mata tertacap pulak kat sekumpulan bdk2 bujang and sebuah kereta yg membelakangi die orang

"dalam hati dok cakap"
apa lah yang mamat niy buat..
tanpa di sangka dan ku duga
aku ternampak dia orang makan....
makan...
makan
..kalu tak salah aku lah diaorang mkn..ayam percik kot..
ermm,..
maunya x terkejut beruk
and orang tu pon perasan yg aku ternampak aktiviti yang x bermoral..and entah lah x tahu nak klasifikasikan macam mana..

huhu..nak jer aku debuk orang niy
cer saabr kan dah nak dekat beberapa minit jerk lgi nak buka..
huhu
kecewa sesgt
dah tua bangka pon
perangai mcm tuh
hormat lah sikit bulan Ramadhan niy

dalam hati huhu dah sumpah seranah macam-macam kat orang tuh
alamak
berapa tan dosa aku dpt

so..jgn tiru mcm mamat tdi yerkk..dose tinggal pose...kecuali ada sebab..

Saturday, August 20, 2011

Sekadar renung-renungan tuk diri ini


Apa guna jadi LELAKI KACAK, kalau BACA QURAN pun MERANGKAK-RANGKAK.

Apa guna jadi PEREMPUAN CANTIK, kalau jam 12 T/HARI pun TAK CELIK-CELIK.

Apa guna umur besar PANJANG, kalau FARDHU AIN pun LINTANG-PUKANG.

Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT sikit pun SUSAH PAYAH.

Apa guna jadi MANUSIA, kalau UMUR Allah bagi kita SIA-SIA.

...Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak HULUR kpd yg memerlukan pun SUSAH.

Apa guna PANGKAT BESAR, KUBUR dah dekat pun masih TAK SEDAR.

Friday, August 19, 2011

1 Ramadhan pada tahun 2012


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20... Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......

Renung-renungkan

Tahun ni kita akan m'galami 4 tarikh yg jarang b'laku dLm setahun iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan 11/11/11. Itu fakta pertama.
Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mn tahun kita dilahirkan dan tambah dgn umur kita pd tahun ini.result ialah 111 buat semua org.!
CTH: 88 + 23 = 111.!! Ketiganya, pd bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu. Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!
Subhanallah!!

Renung-renungkan

Tahun ni kita akan m'galami 4 tarikh yg jarang b'laku dLm setahun iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan 11/11/11. Itu fakta pertama.
Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mn tahun kita dilahirkan dan tambah dgn umur kita pd tahun ini.result ialah 111 buat semua org.!
CTH: 88 + 23 = 111.!! Ketiganya, pd bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu. Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!
Subhanallah!!

Peribahasa Arab yang berkaitan dengan Sabar

Menurut kalangan bijak bestari : "Untuk menyelesaikan suatu masalah yang tidak ada jalan keluarnya adalah dengan bersabar"

Dikatakan ;" Barangsiapa yang selalu bersabar,pasti akan memperoleh kemenanganya"

1. sabar adalah kunci kejayaan

2.  Barangsiapa bersabar, maka dia akan berjaya mengatasi permasalahan.

3. Buah kesabaran itu adalah keberhasilan

4. Tatkala musibah yang menimpa itu sedemikian berat, pasti akan datang kebahagiaan

5. Takutlah terhadap bahaya yang datang dari celah-celah kemudahan.

6. Haraplah beroleh manfaat dan adanya laranagn

7. Ghairahkan hidup ini dengan mencari kematian

8. Tidak jarang keabadian itu justeru didapati saat mencari kefana'an dan tidak jarang  pula kefana'an itu justeru didapati saat ingin hidup abadi

9. Keamanan itu kebanyakan datang dari arah yang menakutkan..

Orang-orang arab mengatakan  "Sesungguhnya dalam keburukan itu ada kebaikan"