I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 7, 2011

HiDuPkan SilaTurAhiM

Hidupkan silaturahim
memang sukar
untuk menyatukan hati
dan bersilaturahim
bila manusia
hanya menurut kata hati

memang sukar
untuk menyatukan hati
malah dalam keluarga sendiri
apatah lagi sebagsa ,seagama
senegara ,malah sedunia
bila ikut hati tanpa pandua suci
begitulah yang akan terjadi
manusia suka menegakkan
emosi sendiri walau tak pasti
ianya hitam atau putih
cemar atau bersih
kerana bila hati dan rasa
menjadi ikutan dan panduan
bukan Al-Quran dan Al-Hadith
menjadi pegangan,panduan
dan pendoman

akan terjadilah segala
yang tidak menyenagkan
dan porak perandalah
sesama insan malah...
mencacat celalah sebuah negara
tercinta....

Marilah kita bersama
menegakan ukhuwah islamiah
dan bersilaturrahim
demi berpegang pada tali Allah
dan tidak berpecah belah
atau bercerai -berai

Nabi tercinta telah meninggalkan
kepada kita umatnya dua perkara
yang jika kita berpegang teguh
kepada keduanya
tidak tersesatlah kita....
iaitulah Al-Quran dan Al-Hadith
Marilah bersama
kita menjunjugnya
dan mengamalkan
isi panduanya
perintah dan laranganya
demi untuk selamatnya kita
dan bahagia dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment