I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 8, 2011

Jika Kau Mahu Berniqab

Jika kau mahu berniqab..

berniqab bukanlah kerana trend terkini..
berniqab bukanlah untuk menunjuk diri alim..
berniqab buknlah untuk merendah-rendahkan yang lain
berniqab bukan untuk perlekehkan sesama muslimin muslimat

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah
niqabkan hatimu dulu
niqabkan jiwamu dulu
niqabkan  lidahmu dulu
niqabkan langkahmu dulu

kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung
yang terbuka belum tentu terbuka terus
berilmulah sebelum kau beramal wahai sahabat

kan silih berganti  dugaan dan ujian dari Allah swt
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dalam dirinya kerana Allah swt
usahlah melatah bila difitnah,..keranan memang kau melindung dari fitnah
mAka fitnah itu pasti berlegar  di laur lingkungan niqab mu
pabila ada kesempatan , yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam

usahlah engkau mendongak wajah kelangit
belum tentu yg berniqab itu beriman
kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu
istiqamah ini bukan hanya ayt cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace, ym , skype dan blog
tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt
maka kau niqabkan kata-katamu

jangalah perlekehkan nilai niqab
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita

Yang berniqab bercinta, tapi tiada hala tuju -ku berani katakan bersepah di alam maya!

Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan -ku berani katakan Kata Jihad Tpi Mengumpat!

Yang berniqab akalnya disimpan -ku berani katakan status harian  jadi sarang kebencian !

yang membuka aurat, dah terang tak nak berundur mendengar perintah Allah
janganlah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sendiri
JANGAN menari di Papan kekunci katakan " CINTA ALLAH , CINTA RASUL"
yakin kah aNda ? jangan berkata tapi hakikatnya berpeluk tubuh
terlalu sarat dengan kata nista

Kau Berdusta !!

jadi gadis berniqaba, jagalah namamu, jagalah namaku, jagalah namanya, dan jagalah nama mereka..
niqab buka fesyen terbaru !
niqab bukan pelindung maksiat !
niqab bukan barang pemangkin ikhtilat !
niqab bukan untuk dipersendakan !
berilmu lah sebelum beramal
kerana yg menderita adalah mereka yg berjuang habis -habisan

1 comment: