I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 28, 2011

for my beloved mother

haha,..ini lah sajak yang nak aku persembahkan masa minggu bahasa melayu hari rabu..yg lalu,..bermakna semalam,..hua yang sedih nye aku tak dapat present kat die orang...coz mase tu aku tak datang sekolah,..aku demam,..huah..menagis tak berlagu..sepatutnya sajak competition hari khamis.yang bermakna hari ini..emm,.tetapi..cikgu percepatkan..ada masalah yang tak dapat dielak kot...melepas la..aku nak menang,..

Ibu
setiap deras degupan jantungku
engkau mampu merasainya
ketika aku
sedih
gembira
gelisah
naluri ibumu
bagaikan sebati dalam diriku

ketika aku sedih
kaulah ubat kepada duka laraku
menceriakan dan menghakis
perasaan yang melunturkan semangatku

pabila gelisah menyelubungi jiwaku
kau masih bersamaku
menolong menyelesaikanya
masaalah yang tak sudah-sudah
mengusutkan perjalanan
hidupku

ibu
selagi hayat dikandung badan
aku akan sentiasa mendampingimu
membelai dan menjagamu hingga kehari tua

ibu
aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
tak setandingkasih sayang seorang ibu kepada anaknya
namun,.terimalah keikhlasanku
untuk menyayangi
insan yang mulia ini

No comments:

Post a Comment