Nur Aqillah, ana copy and paste kat blog ana ye..
menariklah post Aqilla tu..
from :)
Nur Adlina Aqilah
Tolong beritahu si dia...aku ada pesanan buatnya
tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya
tolong beritahu si dia,cinta manusia akan membuatnya alpa
tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
tolong nasihati dia, jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapa kerana di telapak itu syurganya
tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya buka kerana rupa
tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan Zuhudnya buka harta
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunya
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
tolong tegur si dia, bila dia tengelam dalam angan-angnya
tolong tegur si dia, bila nafsu menguasai fikirannya
tolong sedarkan si dia, aku milik dia Yang Esa
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya
tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cinta belum terlaksana
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batas cinta
tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi kegagalannya
tolong pesan kepadanya, aku membiarkan dia Yang Maha Esa menjaga dirinya
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan si dia.
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai haragnya
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
"bestkan ayt-ayat nya,sungguh indah..sampai ana sendiri pun mengalirkan air mata emm,secara tiba-tiba je..emm tak tahu lah kenapa" Aqillah thanks ayat niy sedap..
No comments:
Post a Comment