I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 2, 2012

Kerja Kursus GEOGRAFI (jenis perniagaan)


Nota addinaqil untuk buat kerja kursus :)PERNIAGAAN RUNCIT

JENIS PERNIAGAAN RUNCIT 

• peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
• peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
• perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
 
• bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.



PERUNCIT KECIL KECILAN

Perniagaan runcit tanpa kedai

• tidak mempunyai premis tetap.
 
• bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
 
• berbentuk milikan tunggal.
 
• perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
 
• terdiri drpd pegerai dan penjaja
• Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi yang tetap - di kaki lima, pasar besar
• Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
• Penjaja - secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain
 
• berjalan kaki atau berkenderaan.
• contoh - penjual ais krim dan roti.

Peruncit berkedai

• beroperasi di premis tetap.
 
• di kampung atau bandar besar.
 
• berbentuk milikan tunggal atau perkongsian.
 
• mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
• Kedai am - kedai yang menjual pelbagai jenis barang.
 
• Contohnya, kedai runcit
 
• Kedai khusus - kedai yang menjual satu jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus.
 
• Contoh kedai khas ialah kedai buku Popular atauKedai gunting rambut
 


CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN

1. MODAL YANG KECIL
• diperoleh daripada simpanan peruncit sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga, sahabat handai dan bank
2. DIMILIKI OLEH SEORANG PENIAGA ATAU BERKONGSI.
• Urusan perniagaan - dikawal oleh pemilik sendiri.
 
• menikmati pelbagai faedah seperti semua keuntungan
• cukai pendapatan yang dikenakan rendah
3. MUDAH DITUBUHKAN
• tidak terdapat banyak peraturan
• memerlukan modal yang kecil
• perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
 
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
 
4. MUDAH DIURUS
• kerana saiznya yang kecil
• dikendalikan oleh pemilik sendiri, ahli keluarganya atau pembantu
 
5. LOKASI PERNIAGAAN
• berdekatan tempat tinggal pelanggan
 
• menjual dari pintu ke pintu
6. LAYANAN PERIBADI
• penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan barang
 
7. KOS OVERHED YANG RENDAH
 
• tidak perlu membayar sewa, cukai perniagaan yang tinggi atau iklan yang mahal.
PERUNCIT BESAR-BESARAN

• perniagaan runcit yang beroperasi dalam skala yang besar
 
• terletak - kawasan bandar.
• berbentuk - syarikat berhad dan bermodal besar.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN

• Modal– besar, dikumpul melalui terbitan syer
• Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965
• Belian - membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar.
• Jualan – tunai, elak hutang lapuk
 
• Pengurusan - lebih rumit dan sukar - saiz organisasi yang besar - di bawah kakitangan profesional - pengkhususan, teknologi - moden
 
• Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan - iringan muzik, tandas, hawa dingin


KEDAI SEJARAS
Maksud
perniagaan runcit yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan - cawangan adalah seragam dari segi nama, logo, reka bentuk, harga dan jenis barang - dikawal dan ditadbir oleh ibu pejabat atau syarikat induk - Contoh Singer, 7-eleven dan kedai Bata.
 
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• bentuk - syarikat berhad kerana melibatkan modal yang besar –
 
• dikawal Lembaga Pengarah.
 
• mempunyai kedai cawangan - seluruh negara.
 
KAWALAN & PENGURUSAN
 
• Pengurusan - dikawal oleh ibu pejabat atau kedai induk –
 
• Amalan pengurusannya - berkonsepkan pentadbiran pusat.
 
• Setiap cawangan - di bawah seorang pengurus.
 
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• Barang-barang yang dijual - standard daripada aspek harga dan kualiti.
 
• Harga barang adalah tetap
 
SUSUNATUR KEDAI & KAEDAH JUALAN
• Nama dan logo perniagaan - selaras di semua cawangan.
 
• Rekabentuk kedai dan imej - sama
• Susunan barang-barang – standard
• Kaedah jualan - secara tunai, kad kredit - dibenarkan.

Kelebihan
1. jualan - secara tunai atau kad kredit.
2. pengkhususan dan pembahagian kerja.
3. dapat diskaun niaga
 
4.Menjimatkan kos kerana overhed boleh dikongsi
 
5. mobiliti kakitangan Kekurangan
1. Kesukaran mengawal kerana di merata tempat.
2. Kos pengangkutan dan kendalian - tinggi.
3. Pilihan pengguna - terhad.
4. Melibatkan modal besar.
5. Keputusan hanya dibuat ibu pejabat.

PASAR RAYA BESAR
Maksud
Pasar raya besar (hypermarket) merupakan sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung - terletak di pinggir bandar dan bergantung kepada pelanggan berkenderaan yang mengunjunginya pada hujung minggu - Contoh pasar raya besar ialah Xtra dan Giant.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• sebuah syarikat berhad yang bermodal amat besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
 
• dasar dan polisi - ditetapkan Lembaga Pengarah
 
• dilaksanakan - sekumpulan pengurusan peringkat pertengahan yang bergaji tetap.
• Pengurusan setiap bahagian - seorang pengurus atau penyelia.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai jenis dan jenama barang - barang keperluan harian
 
• harga barang – berpatutan dan tetap
KAEDAH JUALAN
 
• urusan jual beli - secara tunai / kad kredit
 
KEMUDAHAN
• tempat letak kereta, troli
 

Kelebihan
1. kos yang rendah - sewa rendah dan bilangan kakitangan kurang.
2. perolehan yang besar - pelanggan membeli banyak secara mingguan.
3. kadar pusingan stok dan pengaliran tunai tinggi.
4. Menyediakan pelbagai jenis barang - di bawah satu bumbung. Kekurangan
1. Margin keuntungannya - rendah kerana harga - murah.
2. Kedudukan di pinggir bandar - menyukarkan pelanggan tidak berkenderaan
 
3. Perlu menjual barang dalam volum yg
 
besar - membiayai kos operasi yang
 
tinggi.
PASAR RAYA

Maksud
menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung - terletak di lokasi strategik yang mudah dikunjungi - di pusat bandar Contohnya, Pasar Raya Billion dan Pasar RayaTops.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
 
• Pasar raya adalah berbentuk syarikat berhad.
KAWALAN & PENGURUSAN
 
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah (dasar)
• diuruskan (perlaksanaan) oleh kakitangan profesional
 
• dibahagikan kepada beberapa bahagian - seorang penyelia bahagian.
 
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• makanan segar - daging, ikan & keperluan harian - sabun mandi, syampu.
 
• Harga - tidak boleh ditawar.
 
• dilekatkan dengan tanda harga.
 
KAEDAH JUALAN & SUSUNATUR KEDAI
 
• secara layan diri.
 
• jualan dibuat secara tunai & kad kredit.
 
• Barangnya diperagakan

Kelebihan - Pengguna
1. Menjimatkan masa dan kos - membeli pelbagai barang di satu tempat.
2. Bebas memilih
 
3. Harga lebih murah berbanding di kedai runcit
 
4. Menyediakan kemudahan
 
5. Suasana membeli-belah - selesa. Kekurangan - Pengguna
1. Jauh dari tempat tinggal- membazir dari segi kos dan masa.
2. Harga barang tetap dan jualan dibuat secara tunai.
3. Tidak menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Kelebihan – Peniaga
1. Menikmati pengkhususan dan pembahagian kerja.
2. Menjimatkan kos - sistem layan diri.
3. Penggunaan iklan - menarik pelanggan dan melariskan jualan. Kekurangan - Peniaga
1. Melibatkan modal yang besar.
2. Prosedur penubuhan yang rumit.
3. Risiko kecurian - akibat layan diri dan peragaan terbuka.
4. Makanan segar yg tidak tahan lama.


GEDUNG ANEKA JABATAN

Maksud
sebuah perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat - terletak di lokasi yang strategik di bandar besar. Contohnya, Isetan, Parkson Grand dan Metrojaya.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan modal yang besar.
 
KAWALAN & PENGURUSAN
• Pentadbirannya dikawal oleh Lembaga Pengarah - menentukan segala dasar syarikat.
• Setiap jabatan merupakan unit khas
 
• Pembelian stok - tanggungjawab pengurus jabatan
• Contoh jabatan pakaian wanita
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai dari segi jenis dan jenama.
 
• Harga - tidak boleh ditawar.
KAEDAH JUALAN
 
• Jualan - tunai / kad kredit
 
KEMUDAHAN
• lif, tandas, telefon, tempat letak kereta, surau

Kelebihan – Peniaga
1. Menikmati diskaun niaga - dapat menjual lebih murah.
2. Pentadbiran menjadi lebih cekap - pengkhususan dan pembahagian kerja
 
3.Jualan secara tunai – tiada masalah hutang lapuk.
4. Menjimatkan kos promosi - satu iklan - dapat meliputi semua jabatan. Kekurangan - Peniaga
1. Kos overhed yang tinggi - sewa, perhiasan kedai, gaji jurujual serta kos kemudahan
 
2. Penubuhannya sukar - modal yang besar dan prosedur yang rumit.
3. Saiz pemiagaan yang besar - menyukarkan urusan kawalan dan pengurusan.
4. Peragaan barang secara terbuka - menggalakkan risiko kecurian dan kerosakan.
Kelebihan – Pelanggan
1. menjimatkan masa dan tenaga - segala keperluan rumah - di dalam satu bangunan.
2. Kemudahan dan membeli dalam suasana yang selesa.
3. tanda harga - boleh membandingkan harga barang dan tidak bimbang ditipu. Kekurangan - Pelanggan
1. Tiada layanan peribadi kerana mengamalkan layan diri.
2. Tidak dapat membeli barang secara kredit.
3. Tiada tawar-menawar kerana harga barang adalah tetap.
4. Pelanggan sukar - terletak di pusat bandar - jauh
 

KOPERASI RUNCIT

Maksud
organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna - tujuan utama untuk membantu anggota memperoleh barang keperluan pada harga yang berpatutan tanpa melalui orang tengah. Contohnya, koperasi peladang

BENTUK ORGANISASI
 
• ditubuhkan mengikut Akta Koperasi 1993
 
• dan didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia.
 
• Modal - jualan syer kepada anggotanya.
 
• Syer - tidak boleh diniagakan atau dipindah milik.
 
KAWALAN & PENGURUSAN
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah (menentukan dasar)
 
• Pengurusan hariannya - oleh kakitangan yang dibayar gaji.
 
• Stok dibeli dalam kuantiti yang besar
 
• boleh menawarkan diskaun niaga yang tinggi
 
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• menjual barang keperluan harian kepada anggota dan bukan anggota.
• Harga barang lebih rendah berbanding harga pasaran
 
BAYARAN DIVIDEN
• Keuntungan disebut lebihan -sebahagian wajib disimpan sebagai rizab
 
• bakinya untuk membayar dividen - terbahagi kepada dividen tunai dan rebat.
 
• Dividen tunai - dividen yang dibayar berdasarkan jumlah belian
 
• Rebat atas pelaburan pula ialah faedah yang dibayar secara peratusan berdasarkan jumlah saham

BENTUK LAIN PERUNCITAN

1. MESIN PERUNCITAN AUTOMATIK

• menjual barang terus kepada pengguna melalui mesin secara automatik.
• memuatkan barang dan dilengkapi pelbagai fungsi - slot syiling atau peragaan tingkap
• memasukkan wang yang mencukupi ke dalam slot - menekan butang barang pilihannya - barang itu akan keluar secara automatik.
• menjual jenis barang tertentu seperti minuman kotak
 
• memperniagakan perkhidmatan seperti mesin menimbang berat badan
• ditempatkan di lokasi yang strategik misalnya di perhentian bas
• boleh beroperasi selama 24 jam tanpa diawasi.
 

Kelebihan - Peniaga
1. beroperasi sendiri - tanpa pengawasan dan 24 jam.
2. khidmat layan diri - menjimatkan kos upah dan pengendalian perniagaan.
3. meningkatkan jualan - mesin mudah diletakkan asalkan ada permintaan.
4. Kos pengurusan rendah - tidak perlu menyewa premis Kekurangan - Peniaga
1. Kos pemasangan dan pemeliharaan - mahal.
2. Muatan - terhad.
3. Jenis dan kuantiti barang yang sesuai - terhad.
4. risiko kerosakan - tinggi
 

Kelebihan - Pembeli
1. 24 jam.
 
2. Tiada caj tambahan.
 
3. Cara pembelian mudah.
 
4. Menjimatkan kos, masa dan tenaga Kekurangan - Pembeli
1. Pilihan - terhad
 
2. Barang tidak dapat ditukar
 
3. Bentuk pembayaran terhad
 


2. PESANAN MEL

• menjual barang terus melalui pos atau perkhidmatan kurier.
 
• Contoh - The Readers's Digest, The Times, Dewan Bahasa dan Pustaka, Mail Order Gallery (MOG)
• sesuai - menjual barang yang ringan, kecil, tidak mudah pecah dan tahan lama.
 
• Bentuk dan cara penggunaan barang-barang - dapat disampaikan - melalui gambar
• dijalankan melalui tiga kaedah, iaitu pengiklanan, kiriman terus atau pelantikan ejen.
 
• tiga kaedah pembayaran
 
• Bayar Waktu Terima (B.W.T) - bayaran dibuat apabila barang sampai di pejabat pos
 
• Tunai Waktu Pesanan (T.W.P) mewajibkan bayaran dihantar dengan borang pesanan.
• Bayaran ansuran - membayar beransur-ansur mengikut tempoh yang ditetapkan.
 


Kelebihan - Peniaga
• menanggung kos overhed yang rendah
 
• tidak memerlukan lokasi yang strategik
 
• pasarannya luas - kawasan yang mempunyai perkhidmatan pos
 
• Bilangan kakitangannya tidak ramai
 
• Mengetepikan orang tengah Kekurangan - Peniaga
• kos promosi
• kos pengurusan atau mengutip hutang
 
• kos menginsuranskan barang - barang mungkin rosak dalam perjalanan

Kelebihan - Pembeli
• boleh bayar ansuran
• boleh pulang balik
• menjimatkan kos tambang, masa dan tenaga Kekurangan - Pembeli
• Mungkin ditipu
 
• Barang lambat sampai
• Tiada hubungan peribadi
• tidak dapat memeriksa barang

3. FRANCAIS

• seseorang individu yang diberi hak untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat induk yang sudah terkenal
• Contoh kedai makan segera Merryl Brown, Habib Jewel, KFC’s,
 
• menggunakan logo, nama dan reka bentuk yang sama.
 
• individu atau syarikat yang diberi kebenaran - francaisi
• syarikat induk yang memberikan kebenaran - francaisor.
• perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak- syarat francais



• Fungsi francaisor
 
o memberikan hak menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaan
 
o membimbing - penubuhan & pengurusan perniagaan
 
o mengendalikan program latihan staf, promosi jualan dan
 
o membiayai kos pengiklanan francaisi.
 
o membekalkan ramuan, alat dan perkakas dengan kredit tertentu.
 
• Fungsi Francaisi
 
o membayar royalti - satu jumlah tetap atau secara peratusan drpd jualan bulanan.

Kelebihan - Francaisor
1. mengembangkan perniagaannya.
2. ekonomi bidangan Kekurangan – Francaisor
1. boleh menjejaskan nama baik
Kelebihan - Francaisi
1. mendapat sokongan pengurusan dan kewangan - risiko kegagalan perniagaan amat rendah.
2. Tidak perlu menanggung kos overhed seperti promosi, latihan staf dan iklan.
3. Jenama terkenal – mendapat sambutan ramai Kekurangan – Francaisi
1. perlu mengawal kualiti barang - boleh menjejaskan nama baik francaisor.
2. terikat dengan perjanjian francais & bergantung kepada francaisor.
3. tiada inovasi dan inisiatif sendiri


4. JUALAN LANGSUNG

• menjual barang terus melalui kunjungan jurujual dari pintu ke pintu.
• Contoh syarikat Amway, Avon dan syarikat-syarikat insurans.
• Jurujual atau ejen dilantik dan dilatih dengan pelbagai kemahiran dan
 
teknik jualan
• Secara pelbagai peringkat (multilevel)
 
• menggunakan senarai harga, katalog atau sampel produk.
 
• dibayar komisen atas jualan
 
• 3 bentuk jualan langsung –
 
o jualan perkhidmatan oleh ejen seperti ejen insurans
 
o jualan barang oleh ejen pengeluar - katalog dan sampel seperti Avon
o jualan barang oleh ejen bebas
 
• Jenis produk yang sesuai - kosmetik, perkakas dapur, insurans dan pakej pelancongan.

Faktor-faktor Pekembangan

1. Pengguna semakin sibuk
2. Masalah pengangkutan
3. khidmat sokongan pelanggan lemah - berbaris panjang di kaunter bayaran
4. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi - panggilan tanpa tol, kad kredit dan internet.
5. Kos pengiklanan – murah



Kelebihan
1. bersemuka dengan pembeli
 
2. Liputan pasarannya - kawasan pedalaman.
3. tidak perlu - premis besar.
4. Sesuai untuk produk yang memerlukan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan perkhidmatan selepas jualan. Kekurangan
1. Pembeli dikenakan bayaran yang lebih - tanggungan kos
 
2. Barang-barang tertentu sahaja
 
3. memerlukan modal yang besar.
4. kos overhed yang tinggi - kos latihan ejen, kos cetakan katalog
 


6. E-DAGANG

• menjual melalui talian internet dengan rangkaian komputer
 
• dari peringkat pertanyaan, pesanan, pengeluaran invois hingga peringkat bayaran.
 
• secara online antara penjual dengan pembeli dari seluruh dunia.
• mewujudkan laman web dan gerai pameran dalam internet
• gambar dan maklumat terperinci dipaparkan di skrin komputer.
 
• perlu membuat bayaran awal (prabayar) dengan memasukkan nombor kad kreditnya.
 
• Barang pesanan akan dihantar melalui pos atau kurier
 
• Jika belian didapati tidak menepati deskripsi, ia mungkin boleh dikembalikan semula, tertakluk kepada syarat jualan


Kelebihan – Peniaga
1. menjual secara global pada kos yang paling minimum
 
2. tidak memerlukan premis - hanya gudang
 
3. Kos operasi murah - hanya satu laman web
4. operasi secara besar-besaran - pengguna internet di seluruh dunia
5. sistem prabayar - tidak menanggung hutang lapuk Kekurangan - Peniaga
1. persaingan sengit - laman web lain
 
2. Perang harga - merugikan peniaga.
3. membangunkan laman web - mahal.
4. Laman web - dicerobohi
5. Proses globalisasi - e-dagang - menguntungkan peniaga di negara maju
 

Kelebihan - Pelanggan
1. Pilihan pelanggan - pasaran sedunia.
 
2. barang berkualiti tinggi - harga yang lebih murah.
3. membeli-belah dari rumah atau pejabat - menjimatkan kos, masa dan tenaga.
4. maklumat - relevan, terperinci dan terkemas kini
 
5. amalan pegangan tunai yang minimum - bayar menggunakan kad kredit. Kekurangan - Pelanggan
1. Membeli secara prabayar - tanpa melihat barang sebenar
 
2. unsur penipuan dan manipulagi pihak tertentu.
3. Undang-undang siber tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya
4. kad kredit - kebocoran nombor pin
 
5. Terpengaruh dengan tawaran - pembaziran.


6. TELEVISYEN INTERAKTIF (TVI )

• membolehkan seorang penonton TV berinteraksi dengan peniaga yang mengiklankan barangnya melalui TV dan membeli-belah dari rumah.
 
• Contoh – siaran Astro, Smartshop
• merupakan hasil ciptaan teknologi digital
 
• menggabungkan fungsi televisyen dengan komputer peribadi secara interaktif
• mesti disambungkan dengan talian internet.
• Cara beroperasi:
a. Gambar dan maklumat barang - ditayangkan di televisyen
 
b. Pesanan dibuat serta-merta - menekan papan kekunci /gagang telefon
c. Bayaran prabayar - menggunakan kad kredit
d. barang dihantar - pos, ejen jualan atau kurier.
• membolehkan penonton mengambil bahagian dalam program tertentu di televisyen.
• menjawab soalan dan memberi pendapat
 

Kelebihan – Peniaga
1. Premis yang strategik - tidak diperlukan
2. Kos pengurusan rendah
 
3. cara penggunaan barang - lebih jelas (visual) dan terus kepada penonton.
4. Reaksi penonton - maklum balas untuk memperbaiki produk
 
5. Kesan audio visual lebih meyakinkan Kelemahan - Peniaga
1. penggambaran produk - mahal.

Thursday, March 22, 2012

DESTINASI CINTA-Mestica



DESTINASI CINTA (Mestica)


Menyingkap tirai hati

Mengintai keampunan

Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan

Tiap jejak nan bertapak

Debu kejahilan

Akan ku jirus dengan madu keimanan



Tak ternilai airmata dengan permata

Yang bisa memadamkan api neraka

Andai benar mengalir dari nasuha nurani

Tak kan berpaling pada palsu duniawi



Destinasi cinta yang ku cari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta

Yang lahir dari wadah yang alpa

Tiada tenang ku temui

Hanya kecewa menyelubungi



C/O

Ku gelintar segenap maya

Dambakan sebutir hakikat

Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat

Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu



Namun ranjaunya tidak akan sunyi

Selagi denyut nadi belum berhenti

Durjana syaitan kan cuba menodai

Segumpal darah bernama hati

(Destinasi cinta Ilahi)



Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku

Leraikan aku dari pautan nafsu

Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu

Namun masihku mengharap ampunan-Mu

Wahai Tuhanku? Ya Allah?





Huraian yang Terukir Dari Insan Faqir-Dengan izin Allah Al-Aziz Al-Qodir:



Menyingkap tirai hati



Mengintai keampunan

Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan





Al-Faqir yang serba jahil ini mengulas sedikit dengan izin Allah:



Seseorang hamba yang terperangkap dalam belengu hijab duniawi, pasti terkadang-kala merasa letih dek terlalu mengejar keduniaan. Biarpun dari sudut mata pandangan, dunia kelihatan indah mempesona, tetapi jauh di sudut hati, terasa letih dalam misi mengejar duniawi.



Selalunya, ramai manusia yang lemas dalam lautan kebendaan duniawi, pasti alpa dalam menyahut seruan Ilahi s.w.t., untuk berbakti sebagai hambaNya di muka bumi ini. Serakah dek mengejar kelazatan dalam memenuhi kerakusan syahwat yang singkat, ramai yang mengabaikan tugas utama dia diciptakan di dunia ini, iaitu sebagai hamba Ilahi, lantaran meninggalkan segala suruhan dan melakukan sekian larangan, demi syahwat nafsu, dan hawa yang menipu.



Sesekali, dalam menempuh kerakusan kebendaan ini, setiap manusia pasti dilintasi oleh panggilan Ilahi s.w.t., yang menyerunya agar kembali ke pangkuan Rabbul Izzati s.w.t..



Samada dengan ditimpa musibah dan ujian, ataupun diberi seribu satu kesenangan, manusia pasti pernah terfikir, walaupun sekali Cuma, untuk kembali kepada Ilahi s.w.t., Tuhan yang menciptakannya dari tiada. Kadang-kala, dengan musibah yang menimpa, seseorang hamba terdetik di hatinya, bertanya-tanya, akan siapakah lagi yang mampu membantunya dalam menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu satu ujian. Akhirnya, terlihat satu cahaya, berserta suara nurani menjawab:



“Dialah ALLAH! Hanya Dialah yang Maha Membantu, dan hanya Dialah yang mampu membantu setiap para hambaNya, kerana ujian daripadaNya dan hanya Dia yang mampu menolong para hambaNya yang diuji.”



Sejenak, seorang insan yang mempunyai fitrah yang jernih, biarpun dikelabui syahwat yang semakin membuak-buak, pasti terdetik untuk kembali kepada DIA, yang hanya DIA, tiada DIA melainkan DIA. Ini kerana, dia hanya memerlukan DIA dalam kehidupan ini, dan dalam kehidupan setelah mati nanti. Keletihan duniawi terkadang mampu menewaskan egois syaitani dalam diri manusia, sehingga akhirnya terhadapkan wajahnya kepada DIA yang MAHA BERKUASA.



Lalu, dilema melanda. Antara nafsu dan YANG MAHA SATU. Setelah diri menghitung dosa dan noda sewaktu lemas dalam arus duniawi, setelah diri mengingkari janji sebagai hamba Ilahi, adakah masih ada lagi ruang untuk kembali menagih belas ihsan dari DIA YANG MAHA AGUNG? Layakkah untuk kembali dalam kebersamaan denganNya setelah mengkhianatiNya buat sekian lama, takkala leka dengan kelazatan duniawi yang fana?



Lalu, nafsu katakan: “Tidak! Jangan! Engkau sudah banyak dosa. Engkau tidak layak untuk menagih belas Allah s.w.t. lagi! Teruskanlah mengejar cinta duniawi yang selama ini Engkau cari. Itulah kebahagiaan hakiki!”



Hati yang rimas dalam lemas mula melontarkan suara halus bernada suci: “ Dialah yang Maha Penyayang. Dia Maha Penerima Taubat. Dia menyayangimu sebelum kamu diciptakan. Takkanlah setelah kamu diciptakan, Dia akan mensia-siakanmu? Dialah yang bersifat dengan sifat Maha Pengampun sebelum kewujudan sifat lemahmu, takkanlah Dia tidak bersifat dengan Maha Pengampun setelah kewujudan sifat lemahmu? Mustahil sama sekali. Kembalilah kepadaNya”.



Si hamba mula menoleh ke arah RUBUBIYYAH (KeTuhanan) Allah s.w.t. yang Maha Pengampun. Hati yang selama ini diselaputi titik hitam noda dan dosa, mula disirami cahaya, dek rasa kekesalan dan taubat dalam jiwa. Terdetik di hatinya, dengan izinNya, untuk kembali kepadaNya, dan menyesali segala salah dan silapnya dalam pengkhianatannya selaku hamba.



Sedikit demi sedikit, tirai hati mula tersingkap, dengan rasa penyesalan dan taubat. Tercari-cari ia akan KEAMPUNAN TUHANnya yang MAHA PENYAYANG. Ya, tiada lagi tempat untuk mengemis keampunan, melainkan di HALAMAN SUBUR RAHMATMU TUHAN.



Suburnya halaman (hadrah Qudsiyyah) rahmatMu kerana Engkaulah Yang Maha Memberi Rahmat. Subur halaman rahmatMu dengan sifat Maha Pemurahmu. Jika atas dasar keadilan, nescaya tidak layak seorang hamba yang sudahpun mengkhianati tuannya, mampu kembali ke halaman tuannya memikul segunung pengkhianatan terhadap tuannya. Tetapi, ALLAH, bukan calang-calang tuan, bahkan DIALAH TUAN segala tuan. Hanya dengan rahmatNyalah, seseorang mampu bersimpuh di halaman rahmatNya, kerana tanpa rahmat dan belas kasihNya, siapalah sang hamba yang hina dengan lautan pengkhianatan ini, mampu mengadapNya yang Maha Agung.



Tiap jejak nan bertapak

Debu kejahilan

Akan ku jirus dengan madu keimanan



Setelah memikul dosa pengkhianatan yang menggunung, si hamba tersebut berusaha untuk menagih simpati dariNya yang Maha Mulia, agar diberi sekali lagi kesempatan untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya, dengan bantuanNya.



Janji dilafazkan, untuk menghilangkan setiap debu kejahilan yang menjadi punca pengkhianatan, dengan madu keimanan. Biarlah kemanisan iman itu menjadi kekuatan baru untuk bertapak dengan jejak yang baru, jauh dari debu kejahilan, sekaligus ditemani oleh siraman hujan madu keimanan dari Tuhannya, dengan izinNya.



Kejahilan menjadi punca sebenar seseorang itu melakukan maksiat kepada Tuhannya. Ini kerana, dia jahil tentang hakikat dirinya dan dia jahil tentang hakikat Tuhannya. Kalaulah dia kenal, siapa ALLAH yang dikhianatinya, nescaya tiada lagi penyesalan lebih besar dalam dirinya, selain daripada menyesal bahawa dia pernah hidup di dunia. Namun, Allah s.w.t. Maha Pemurah, dengan menganugerahkan taubat kepada para hambaNya untuk menjadi pintu utama buat para hambaNya yang ingin kembali kepadaNya setelah sekian lama mengkhianatiNya.



Tak ternilai airmata dengan permata

Yang bisa memadamkan api neraka.



Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala malu bercampur gembira, ketika diberi peluang mengadapNya semula. Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala takut bercampur harap, ketika diberi anugerah untuk bertaubat kepadaNya. Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala menyaksikan, akan PENYAYANGnya ALLAH yang Maha Penyayang.



Jesteru, berlinanganlah air mata, takkala mensyukuri, anugerah linangan air mata tersebut yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Inilah hakikat. Dia menangis bukan atas kekuatan dirinya. Ini kerana, kalau manusia mampu menangisi dosa mereka di hadapan Tuhannya, nescaya semua manusia boleh menangis kerana dosa. Berapa ramai manusia yang ingin menangis dalam taubatnya namun tidak mampu. Jelaslah bahawa, tangisan itu anugerah. Hanya yang terpilih sahaja, akan menangis dalam taubatnya. Siapa yang memilih kalau bukan Allah yang Maha Memilih?



Jadi, dia faham, tangisan itu juga suatu anugerah. Jadi, bertambahlah tangisannya dalam tangisan, kerana mensyukuri nikmat menangis kerana dosa tersebut, yang merupakan anugerah dari Allah s.w.t. kepadanya.



Bahkan, bertambahlah tangisan dalam tangisan dalam tangisan, kerana memahami bahawa, tangisan kerana dosa tersebut merupakan satu anugerah baginya untuk melepaskan dirinya daripada neraka Allah s.w.t., dengan izinNya. Teringat Dia akan janji Tuhannya bahawa, dua mata yang tidak akan disiksa dalam api neraka, antaranya ialah: “mata yang menangis kerana bertaubat dari dosanya…”



“Ahh…Ya Allah, sudahlah aku mampu menangis bertaubat dari dosa keranaMu, lalu Engkau pula menjanjikannya sebagai pelepasan dari api neraka. Maha Pemurah lah Engkau takkala memberi peluang untuk aku melepaskan diriku dari siksa neraka”, rintih hati, malu di hadapan yang Maha Mencintai. Bertambah malu dengan layanan mulia dari Allah s.w.t. setelah mengenang pengkhianatannya terhadapNya yang menggunung.



Lalu, dari rasa malu terhadap Tuhannya, kerana layanan dariNya yang mulia, kepada dirinya yang serba hina, dari rasa takut kepada keagunganNya, maka, si hamba itu berjanjilah untuk menunaikan segala perintah Tuhannya untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya dengan bantuan dan izinNya. Berjanji, untuk menagih simpati…



Lalu, pintu pertama yang harus ditempuh untuk membuktikan kehambaannya kepadaNya ialah, dengan merealisasikan taubat nasuha itu sendiri. Namun, apa bukti taubat nasuha



Andai benar mengalir dari nasuha nurani

Tak kan berpaling pada palsu duniawi



Tanda kejujuran taubat seseorang hamba dan tanda taubat nasuha seseorang hamba ialah, tidak lagi ada keinginan di hatinya untuk kembali berpaling kepada palsu duniawi.



Setelah dia tahu, dunia itu palsu dan Allah itu hakiki, setelah dia tahu, dunia ini fana, dan hanya Allah s.w.t. itu Maha Kekal, setelah dia tahu hanya Allahlah yang dia perlukan, bahkan dunia sering menyusahkan, maka, setelah sesalan yang disulami kejujuran, daripada kealpaan dan pengkhianatan, sudah pasti tersemat erat di dalam hatinya, janji untuk terus bertawajjuh mengadap Tuhannya semata-mata, dan tidak mahu lagi berpaling kepada musuh yang berjaya menawannya suatu ketika dahulu.



Seseorang hamba yang jujur dalam taubatnya, pasti tidak lagi teringin untuk kembali kepada hasutan palsu duniawi yang memukau. Dia akan sentiasa meminta bantuan daripada Allah s.w.t., untuk membantunya melawan tipu daya duniawi.



Jika sesekali, dia terjerumus dek arus deras palsu duniawi, lantas dia bersegera dalam mengulangi taubatnya dan berazam dengan sebenar-benar azam, untuk tidak kembali lagi kepada kealpaan. Itulah tanda kejujuran dalam taubatnya.



Taubatnya Saidina Umar Al-Khattab r.a., daripada seorang yang tiada belas kasihan, kepada seorang yang penyayang, bahkan menyayangi Rasulullah s.a.w. melebihi dirinya sendiri. Taubatnya Malik bin Dinar, melakar sejarah baru dalam dunia kesufian, takkala si dia yang mabuk dengan kepalsuan “wanita”wi dan “khamar”wi, berubah menjadi seorang yang mabuk dalam lautan cinta Ilahi. Taubatnya Rabiatul Adawiyah, merubah hidupnya dari seorang hamba kepada seorang hamba, kepada seorang yang merdeka di persada kehambaan sejati.



Taubat bisa mengubah seseorang daripada yang dahulunya, seluruh alam malu menyaksikannya, kepada seorang yang mana, seluruh alam berbangga dan bergembira dengan kewujudannya. Yang penting ialah kejujuran dalam taubat itu sendiri, takkala seseorang tidak berpaling semula kepada apa yang ditinggalkannya daripada maksiat yang telah dilakukannya, hatta tidak pula mengingati maksiat yang telah dilakukannya tanpa sebarang tujuan.



Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Mengingati maksiat itu maksiat”.



Maknanya, seseorang yang mengingati maksiat tanpa tujuan, setelah mana dia bertaubat nasuha, maka ia suatu perkara yang tercela kerana bisa menjadi sebab yang menariknya semula kepada melakukan maksiat tersebut kembali.



Suatu ketika, Sheikh Sirri As-Saqoti bertanya kepada seorang pemuda: “Apakah yang dimaksudkan dengan taubat?”



Tanya pemuda itu pula: “Di sisi kamu, apa pula yang dimaksudkan dengan taubat itu?”



Sheikh As-Sirri As-Saqoti berkata: “Bertaubat ialah, seseorang mengenang dn mengingati dosa-dosanya yang lalu.”



Pemuda itu lantas berkata: “Bertaubat menurut saya ialah, melupakan dosa yang pernah dilakukan dan terus beradab di hadrah Kebersamaan dengan Allah yang suci. Tidak boleh membawa kotoran (mengingati dosa) dalam hadrah yang suci (dalam kebersamaan dengan Allah s.w.t.).”



Sheikh Sirri As-Saqoti kagum dengan pemuda tersebut, lalu menceritakannya perihal tersebut kepada anak muridnya, Sheikh Junaid Al-Baghdadi. Sheikh Junaid lalu berkata: “Benar pemuda itu. Dia telah mengajar kita hakikat taubat”.



Jadi, seseorang yang telahpun bertaubat, jika taubatnya jujur, pasti hatinya cuba melarikan diri daripada kepalsuan duniawi sedaya mungkin. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tiga perkara, yang mana, jika seseorang tersebut ada perkara-perkara tersebut dalam dirinya, maka dia akan merasai kelazatan iman…Antaranya…Seseorang itu benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan semula ke neraka”.



Destinasi cinta yang ku cari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati



Setelah bermujahadah melawan nafsu yang sentiasa mengajak untuk mencintai kepalsuan duniawi, dengan bantuan Allah s.w.t., Allah s.w.t. akan menyingkap kepadanya sedikit demi sedikit, akan hijab hatinya daripada hakikat dirinya.



Makin dia melawan hawa nafsu untuk meraih keredhaan Allah s.w.t., dengan izin Allah s.w.t., makin Allah s.w.t. menyingkapkan kepadanya tentang hakikat dirinya. Semakin dia mengenal dirinya, semakin dia mengenal Allah s.w.t., kerana jalan untuk mengenal Allah s.w.t. ialah melalui kenal diri terlebih dahulu.



Selama ini, dek terkaburnya pandangan mata hati, terhadap hakikat yang dicari, dengan kabur-kabur noda duniawi dan syahwat nafsi, pandangan terus menujukan cinta kepada yang fana. Cinta yang mulia, dicurahkan kepada sampah yang tiada berharga. Yang dikejar selama ini, dari kenikmatan duniawi, dek kejahilan dan terhijabnya hati, dari Keagungan Ilahi, membuatkan seseorang itu menjadikan dunia dan segala isi kelazatannya sebagai destinasi cintanya yang dicari.



Setelah sekian lama mabuk dalam hiruk pikuk kepenatan duniawi, dan setelah menemui hakikat diri dan hakikat Ilahi, barulah terbit hikmah di hati, dari lintasan nurani Ilahi, bahawa: “DESTINASI CINTA YANG KU CARI, SEBENARNYA TERLALU HAMPIR”.



Sebenarnya, selama ini, yang perlu dicintai bukanlah suatu yang menyakitkan seperti duniawi. Selama ini, yang perlu dicintai, bukanlah suatu yang tidak menjanjikan sebarang kepastian bahkan menjanjikan perpisahan abadi. Selama ini, yang perlu dicintai bukanlah suatu yang bisa mengecewakan dan tidak pernah menghargai.



Kini, baru ku tahu, siapa yang ku cari untuk dicintai. Kini, baru ku mengerti, tiada destinasi cinta abadi selain daripada Dia Rabbul Izzati. Dialah yang mencintai tanpa meminta ganti. Dialah yang mencintai tanpa mengenal erti kehinaan diri hamba ini. Dialah yang mencintai, tanpa merungut takkala sering dikhianati. Dialah yang mencintai…ah…sebelum dicintai. Dialah CINTA HAKIKI. Dialah DESTINASI CINTA ABADI. Tiada cinta melainkan daripadaNya kepadaNya, untukNya dan keranaNya, denganNya.



Baru ku mengerti kini, kata hamba abdi tadi, bahawa DIALAH yang ku cari selama ini untuk dicintai, kerana DIALAH yang selama ini mencintaiku tanpa disedari. Ketika aku di dalam kandungan ibu, DIALAH yang membelaku. Ketika aku lahir ke dunia, DIALAH yang tidak pernah sudah dalam memberi kasih sayang sejati, walaupun selama ini aku tidak pernah mengendahkannya dek tertipu dengan duniawi, kata si hamba sambil menghitung diri.



HUWA…DIALAH segalanya. Jika DIALAH destinasi cinta, bererti destinasi cintaku selama ini terlalu hampir bahkan semakin menghampiri, bisik hati.



FirmanNya yang Maha Suci: “DIALAH yang sentiasa bersama kamu walau di mana kamu berada”.



FirmanNya dalam Hadis Qudsi: “Jika seseorang hamba menghampiriKu dengan satu jengkal, maka Aku akan menghampirinya satu hasta. Jika seseorang hamba menghampiriKu dengan berjalan, maka Aku akan menghampirinya secara berlari”.



Ya Arhamar Rohimin…



Betapa mulianya hadrah Jamaliyah (sifat-sifat kecantikan)Mu. Aku malu denganMu yang tidak segan silu untuk menceritakan akan keghairahanMu dalam menghampiriku takkala ku ghairah menghampiriMu. Demikianlah luahan rasa hati hambaNya takkala disapa dengan kalam Qudsi tersebut.



Selama ini, rupanya, yang dicari oleh seorang hamba, ialah yang telahpun dijumpai olehnya, kerana Dia terlalu hampir dengannya. Cuma, sedekat-dekat manapun sesuatu itu, kalau cari di tempat yang salah, atau tidak tahu apa yang dicari, maka selagi itulah akan kehilangan. Kehilangan dalam kebersamaan. Yang kehilangan bukanlah kerana kejauhan, tetapi kerana tidak tahu akan kebersamaan itu sendiri.



Persoalannya, apakah yang mampu melenyapkan makna kebersamaan dengan Allah s.w.t. selama hidup seseorang hamba, yang sanggup berlaku dusta dan khianat kepada Tuhannya.



Ya, jawapannya ada pada ungkapan:



Hanya kabur kerana dosa di dalam hati



Dosalah yang semakin menutupi hati dari melihat kebersamaan Allah s.w.t. dalam dirinya. Dosa kerana kejahilan terhadap hakikat diri dan hakikat Ilahilah, yang menyebabkan dia terus dibuai angan kepalsuan sehingga terlupa bahawa, mimpi tetap mimpi, walaup seindah mana ia dapat dinikmati, dan hakiki tetap hakiki, biar sejauh mana ia menghilangkan diri.



Telah ku redah daerah cinta

Yang lahir dari wadah yang alpa



Benarlah, selama ini yang tertipu bukanlah tipah, melainkan diriku sendiri, bisik hati hamba dalam muhasabah diri. Selama ini, daerah cinta palsu iaitu duniawi, telahpun diredahi untuk mencari cinta abadi, namun ianya hanya kerana kealpaan diri terhadap hakikat kewujudan ini.



Benarlah, kerana wadah yang alpa dalam diri, menyebabkan seseorang itu keliru, dalam pencariannya di daerah cinta itu sendiri. Ini kerana, di dalam daerah cinta, bukan daerah itu yang perlu dicintai, tetapi DIALAH, yang menciptakan daerah itulah yang perlu dicintai, kerana kita memerlukan cintaNya, bukan cinta daerahNya yang tiada erti.



Benarlah, kekeliruan itu berpunca dari wadah yang alpa dalam diri, yang menyebabkan seseorang itu mencari apa yang bakal pergi, dan melupai Dia yang bakal kepadaNya, dia kembali.



Setelah sekian lama bernafas dalam selut duniawi, tercungap-cungap diri memanggil nama: “DIA…DIA”, bantulah dia. Siapa DIA? ADAKAH DIA yang dimaksudkan ialah destinasi cinta yang dicari? Kalau DIA ialah desitnasi cinta yang dicari, siapakah yang dimaksudkan dengan DESTINASI CINTA dalam dirinya?



Perempuan, teman dan taulan, harta kekayaan, lelaki-lelaki tampan, dunia dan kebendaaan dan segala isi keduniaan? Adakah itu destinasi cintamu wahai insan? Kalau itulah destinasi cintamu, pohonlah bantuan dari mereka takkala dihimpit seribu keresahan dari mereka jua. Merekalah yang menjadi DESTINASI CINTAMU, mereka jugalah yang memenatkanmu. Jadi, siapa lagi yang dikau cari wahai insani?



AKU? Firman Allah s.w.t. dalam kebersamaan qudsi. “YA. AKU DESTINASI CINTA segala makhluk. Namun, kenapa engkau mencari dan mencurahkan cinta kepada makhluk, bukan kepada DESTINASI CINTA?”



Kala itu, hati berubah malu. Terkenangkan siri-siri keinsafan yang lalu. Benarlah, akhirnya ku temui, dunia yang selama ini tempat aku mencurah kasih dan cinta setulus hati, sebenarnya tidak pernah membahagiakan diri ini, sebaliknya bisa menghancurkan hala tuju hidupku sendiri.



Tiada tenang ku temui

Hanya kecewa menyelubungi



Benarlah kata si bijak bistari: Kalau cintakan bunga, bunga kan layu. Kalau cintakan wanita, wanita kan mati. Kalau cintakan dunia, kita yang akan pergi…Ya, cinta duniawi itu mengundang kecewa. Kecewa yang perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Cinta.



Sememangnya, dunia tiada menjanjikan ketenangan yang dicari. Cinta kebendaan tidak pernah menjanjikan kebahagiaan, kerana di sebaliknya ada perpisahan yang bakal menundang kekecewaan. Dunia dan isinya tidak pernah mencintai kita, walaupun selautan kasih telah kita curahkan kepadanya. Itulah kecewa hakiki. Bahkan lebih kecewa lagi, apabila kita sibuk mencintai yang tidak mencintai kita, di samping melupai dan mengabaikan DIA yang mencintai kita selamanya sejak sebelum kita wujud lagi.



Takut dirasakan oleh sang hamba, takkala teringat akan pengkhianatannya terhadap cinta Tuhannya kepadanya. Maka, bermohonlah oleh hamba itu akan setinggi-tinggi keampunan dari Tuhan, agar dia dapat bersimpuh dalam kebersamaan denganNya, dan menyaksikan kebersamaan tersebut dengan Musyahadah hati yang tidak pernah palsu.



Lantas, berdoalah si hamba itu kepada Tuhan yang Maha Satu:





Ku gelintar segenap maya

Dambakan sebutir hakikat



Gelintar dalam jiwa, takkala ketakutan bersulam rindu untuk bertemu Dia yang lama merindu. Bergetak sudut hati, mendambarkan makrifat diri, untuk terus mengenali, DIA yang lama mencintai.



Hamba terus pasrah, dalam memelihara adab UBUDIYYAH (kehambaan), dalam melaksanakan apa yang diperintah, serta meninggalkan apa yang membawa kepada marah. Wara’ di hadrahNya terus dipelihara, dalam menempuh hari-hari dengan ketaatan kepadaNya, dalam meneruskan kehidupan selaku hamba, demi meraih redhaNya.



Dalam mujahadah, muroqobah, sair ila Allah (perjalanan menuju Allah) dan Sair Fil Lah (perjalanan pada kebersamaan dengan Allah s.w.t.), si hamba mendambakan sebutir hakikat, dalam memelihara adab Allah yang Maha Kuat, untuk memastikan kehambaannya terus tersemat erat.



Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat

Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu



Hakikat itu didambakan untuk menjadi benih, bagi menanam akan pohon makrifat. Hakikat ialah, takkala seseorang mula mengenal dirinya dan kewujudan makhluk sekelilingnya. Benih hakikat yang sempurna ialah, apabila ia membawa seseorang itu kepada fana’ dari kewujudan diri dan alam ini, dengan fana’ dalam kebersamaan dengan Allah s.w.t..



Fana’ ialah benih yang subur dari hakikat itu. Darinya, dapat disemai ke dalam bumi tawajjuh (mengadap Allah s.w.t.), agar bisa menumbuhkan sepohon makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.), dengan siraman inayah (bantuan) Allah s.w.t. dan madadNya.



Yang mana, supaya dari pohon makrifat tersebut, dapatlah seseorang hamba berteduh di rendang kasih Ilahi s.w.t.. Seseorang yang mengenal Allah s.w.t., pasti akan mengenal bahawa Allah s.w.t. telah lama mengasihinya. Jadi, rendangnya sesebuah pohon makrifat itu, apabila seseorang hamba telahpun mengenal Allah s.w.t. dengan musyahadah, dan melihat dengan mata hati, akan kasihNya kepadanya. Inilah keredupan abadi yang membahagiakan seseorang insan, dari kepanasan palsu duniawi yang menipu sakan.



Jadi, hamba tersebut berdoa agar Allah s.w.t. memberi peluang kepadanya untuk berteduh di bawah kasihNya, dengan memberi mudah jalan untuk menyampaikannya kepada teduhan tersebut, dengan bantuan dan izinNya. Dia tahu, tiada daya dan upaya melainkan milik Allah s.w.t. dan dariNya. Seseorang tidak akan sampai kepadaNya melainkan dengan kehendak, izin dan bantuanNya.



Namun ranjaunya tidak akan sunyi

Selagi denyut nadi belum berhenti

Durjana syaitan kan cuba menodai

Segumpal darah bernama hati



Sememangnya, ranjau duniawi tidak pernah sudah dalam menggoda hati manusia, bahkan lebih kuat tarikannya bagi mereka yang sudahpun berazam untuk kembali kepada Allah s.w.t.. Syaitanlah yang berperanan untuk terus menyerang dan menghasut hati, agar mengikut hasutan dan godaan duniawi, di samping nafsu tidak pernah jemu dalam menipu hati agar mencintai kelazatan duniawi.



Selagi denyut nadi belum berhenti, selagi nafas masih di rongga ini, selagi itu syaitan, nafsu, duniawi dan makhluk menjadi musuh sejati, dalam menjauhkan sang hamba dari Tuhannya yang mencintainya setulusnya.

Hati yang menjadi raja diri, menjadi sasaran utama musuh-musuh yang ingin menodai kehambaan sejati. Syaitan menyerang dengan bisikan dan janji palsu. Nafsu menyerang dengan bayangan kelazatan syahwat yang indah. Makhluk menyerang dengan memberi tawaran ta’alluq (ketergantungan hati kepada selain dari Allah s.w.t.) dalam diri. Dunia pula menyerang hati dengan pelbagai perhiasan kecantikan yang palsu lagi beracun.

Ke mana mahu lari?

Larilah kepada Allah s.w.t.! Tiada daya melainkan dayaNya. Tiada kekuatan melainkan kekuatanNya. Mintalah bantuan daripadaNya dalam usaha untuk kembali kepadaNya dan meraih makrifatuLlah.

Berdoalah:

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku

Leraikan aku dari pautan nafsu

Hati berada dalam kekuasaan Ar-Rahman, yang membolak-balikkannya mengikut kehendakNya. Berdoalah, agar Dia mampu meneguhkan hati kita dalam keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, bukan kerana kelayakan kita untuk keimanan, tetapi kerana keperluan kita untuk memiliki iman, bahkan juga kerana, DIALAH yang MAHA MENEGUHKAN IMAN.









Hanya, dengan bantuanNyalah, hati seseorang akan dapat terlepas dari pautan nafsu ammarah bis suk (nafsu yang sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan). Pohonlah pada Allah s.w.t., agar Allah s.w.t. memberi kenikmatan Iman kepada kita dan membersihkan nafsu kita agar bisa menjadi nafsu mut’aminnah (jiwa yang tenang dalam kebersamaan denganNya, dengan musyahadah kepadaNya).









Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu

Namun masihku mengharap ampunan-Mu

Wahai Tuhanku? Ya Allah?









Sememangnya, jika melihat hakikat diri, memanglah sukar untuk melamar redha Allah s.w.t. yang Maha Agung nilainya. Tidak layak rasanya diri yang selama ini mengkhianati cintaNya, untuk melamar redha dan cintaNya. Siapalah diri untuk melamar redha dan cinta suci, sedangkan diri masih penuh dengan keladak kotoran dusta dan pengkhianatan cinta sebelum ini?









Namun, bila melihat hakikat diri dari sudut yang lain, tiada yang paling diperlukan oleh diri melainkan ALLAH. Hanya Allah s.w.t.lah yang menjadi tempat kembali. Kalau tidak menagih redha dan cintaMu ya Allah, luah hamba tersebut, maka kepada siapa lagi aku ingin menagih cinta, padahal selain dariMu, semuanya palsu?









Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu, kerana rasa diri tidak layak untuk itu, tetapi, disebabkan aku masih memerlukan cinta dan redhaMu, kalau tidak layak menerima cintaMu sekalipun, sekurang-kurangnya tidak mengapakan, untuk aku mengharap ampunan-Mu?









Kalaupun aku yang telah mengkhianati cintaMu selama ini tidak layak untuk menerima keampunanMu, rasanya tidak salah untuk aku meminta keampunan dariMu, kerana Engkau selalu menyuruhku meminta keampunan daripadaMu. Ya, aku memerlukan keampunanMu ya Allah, dalam ketidaklayakan ku untuk itu, tetapi sekurang-kurangnya, janganlah Engkau marah kepadaku, takkala aku meminta ampun dariMu, sekurang-kurangnya kerana Engkau menyuruhku meminta ampun kepadaMu.



Inilah satu adab kehambaan yang tinggi, yang mana setelah itu, terdengarlah akan khitab qudsi:



Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang bertaubat merupakan kekasih Allah” (Hadis riyawat Al-Munawi dalam Faidh AL-Qadir 3/276).



Begitu juga dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Allah s.w.t. terlebih bergembira dengan taubat seorang hamba, takkala dia bertaubat kepadaNya…” hadis riwayat Imam Muslim 4/2103, Al-Bazzar dan Al-Munziri)



Ya Allah, walaupun setelah sekian lama si hamba ini mengkhianati cintaMu, namun masih Kau bergembira dengan taubat hambaMu yang Maha tidak layak ini? Siapa lagi nak ku ganti, agar menjadi destinasi cintaku yang hakiki, setelah mengenaliMU YA ILIAHI, rintih hati suci si hamba tadi. Katanya



"Barulah kini ku kenali, Siapa itu DESTINASI CINTA yang hakiki….

Tuesday, March 20, 2012

anak kecil main api ( warisan ).wmv


Huh, best lagu ni..Tadi masa belajar sejarah kite orang belajar lagu nih + serOnok nanyi.
Jom hayati lirik lagunya and video ni sekali...Yang penuh bermakna.
Ada kaitan dengan sejarah penjajahn kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu

Thursday, March 15, 2012

Kamu Kawin Untuk Apa?

Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka... pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
 .Sharing is Caring

Tuesday, March 13, 2012

SeriBu Renungan

Yang PALING JAUH adalah MASA LAMPAU..
Walau selaju mana pun kita kejar masa lalu..ia akan tetap jauh,malah makin jauh kerana masa semakin kedepan meninggalkan semakin jauh masa lalu. Jangan disia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah..segeralah bangkit menegakkan keadilan..amal maaruf..nahi mungkar.

Yang PALING BESAR adalah NAFSU kita…
Nafsu melibatkan hampur keseluruhan kehidu...pan kita seharian. Nafsu makan,tidur, shoping, dan lain2. Jika tidak di jaga..maka rosaklah kita. Seharusnya iman yang mengawal hidup kita..bukan nafsu.

Yang PALING BERAT adalah AMANAH (tanggungjawab)..
Setiap insan pasti ada tanggungjawab walau sekecil mana sekali pun. Amanah untuk belajar, kerja, kepada ibu bapa, kawan2 dll. Tetapi kita lupa amanah kita pada Allah untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Amanaj jika seiring dengan iman..alangkah indahnya.

Yang PALING RINGAN adalah SOLAT..
Solat mudah sahaja untuk ditinggalkan. Kerana tidur, belajar, bekerja, shoping, tiada air sembahyang, tiada sejadah, dll. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Semakin sukar untuk kita menunaikan solat..tetapi tetap berusaha walau macam mana pun..semakin banyak pahala kita..iAllah.

Yang PALING TAJAM adalah LIDAH..
Malah lebih tajam daripada pedang..kata2 boleh memutuskan silaturrahim, mampu mewujudkan permusuhan..fitnah juga daripada kata. Mengumpat dengan kata2. Berdiam adalah lebih baik jika ia perkara sia2.
See More

 
 

Thursday, March 1, 2012

Kursus insaniyah dan Kempimpinan Pelajar 2012

CIKGU-CIKGU SMRAC:
Tahniah Dan Syabas kepada peserta. Anda ialah pemimpin yang hebat.

"Ketahuilah! Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggung-jawaban atas kepemimpinan-mu.

(Each of you is a leader, and each of you will be held accountable for your leadership)."

~ R asulullah Muhammad SAW. ~

Pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang menjadikan dirinya sebagai kubur bagi aib orang lain, bukan orang yang sering menggembar-gemburkan kekurangan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.

Pemimpin yang amanah boleh dilihat dari keprihatinannya dalam berjanji, walaupun hanya sedikit janjinya, tetapi dia senantiasa berusaha untuk menepatinya


Hari pertama di Akedemi Belia Pasir Panjang

Kumpulan aku,..Hidayah ya rahmat khusyuk untuk tidak membiarkan telOr kumpulan kami jatOh

hari kedua disana,....kami berjalan kaki utk menjelajah hutan belantara

subhanallah cantiknya....semasa dihutan ni

pandangan dari atas,..Akademi belia pasir panjang..Besar tempat nya

eceh, eksen aku berdiri sebelah cikgu shah..jgn jelous

hah, ni aku laaa..tgh baca moto MRD ..bergegar 1 dewan

semasa dipintu masuk HUTAN LIPOR !..aku kai baju muslimah ijau

lepas, penat menjelajah hutan....mai pakat g makan !!!

semasa majlis penutup...kumpulan aku wat persembahan weyh..malu !
mata semua bengkak
Best sgt3...g kem ni
banyak kenangan manis bersama..
tapi apakan daya kem ni kali pertama diadakan dan kali terakhir akn diadakn...sedihnya !

Sunday, February 19, 2012

Couple Make Life Trouble like havoc

As'salamualikum,..
Hai..
Apa entah ...aku ni..
Tak ada mood nak baca buku..mak selalu marah..kata adlina baca buku..dh la kamu tu nak PMR tahun ni..Tak reti-reti lagi ke? hah..Ok dengar lah ..dengan rela hati my mak membebel..
Yang bestnya..lepas tuh telinga aku kena piat.
mak aiii..best..! korang nak rasa.,,...mari aku buatkn..but girls only yerr.maaaf..y laki Xboleh.
aku fikir-fikir kan balik..betOl jugak kata-kata mak..
Iyea lah, siapa tak nak berjaya...Mak nak aku berjaya...Mak nak aku jadi dokter bergitu juga dgn ayah.
Aku mmg minat nak jadi dokter..dh berazam pun.Aku nak ubah kehidupan keluaraga aku ke arah y lebih baik.
YA, ALLAH..AKU MENANGIS...MENAIP AYAT SELINGAN DI ATAS....ALLAHUAKHBAR.!
Doakan aku berjaya.! ameen !
Haha, kan aku dah cakap..aku ni suka melalut..
Kan dh lari tajuk ....apa y aku nak cerita.! ...sengal betOl laa aku ni..ni lah perangai adlina..mmg bdk ni.
__
Sorry reader...back to the story.
About couple right?
KEy nak tanya korang..couple ni best ke? hrumm..entah lah..aku tak tahu..aku tak penah couple ...Iyea lah kan,..aku sedar siapa aku ni..chewahhh ! ayt tak menahan aku ni.
Eleh, aku Tak heran arrr...nak couple ni..Dh terang benderang disuluh lampu jalan bukit  pelandOk kampung jawa lagi..y couple ni haram...Istilah couple ni...layak diguna utk ore-ore y dh kawin je..Eceh,.aku dh melalOt bahasa Kelantan puloK..lepas ni bahasa terengganu, pahang pulak aku melalut.
Tapi, kan kalu tengok dkt FB makaiii...semua relationship wat sweet couple dgn pasangan masing3..Eceh..Boleh jalan daaaa Podaahh. ngee~ Ehh maaf..aku tak ada niat ae nak singgug sapa3..dh mcm ni lah gaya aku berckp..aku mmg x soscial orang nya....jadi aku senyap je lah pada luaran..tapi aty aku..bila berckp mcm 3 aku kata..heheheh.

key,..Minggu lepas ekk, ary kekasih? aku tak ingat...sbb wat apa aku ingat benda3 mcm tuh..lebih baik aku hapal..math&arab ker y aku lemah..ada jugak faedah.
huhuhuhu
Erm,..tak tahu lah..masih ada lagi tak umat Islam y sambutnya..terutamanaya golongan pelajar  uni..remaja..aku harap tak ada...,nnti mesti keluar newspaper..buang anak dlm tong sampah,tepi jalan..Ya Allah,..kesian baby tu..aku dh lah suka baby..

Weyh, y aku nak cite ni...pasal ..erm..enath laaa..nak tegOr salah..tak nak tegOR lagi laa salah.
Nama ja..pljr sek agama
tapi, tak mcm sek agama..
bercouple..
sok rapat3..pose sana pose sini..huhu entah lah..
MOGA ALLAH MELINDUNGI KAU,DAN BERI HIDAYAH KAT KAU ameen



Friday, February 17, 2012

Aku kena Nikah Khitbah atau Kawin GantOng ke?


Aku terbaca about ni...Menarik kan? Jom baca


Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32


Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan



Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :


Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]


Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

Masih menuntut di kolej atau uniersiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar
bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata -
ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ]
tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian
para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya
b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam .
Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti

Demam Panas

As'salamualiakumu w.b.t ...korang semua..
Ya Allah,.dh lama aku tak update blog..Dah berhabuk dengan sarang tabuan, sarang lalat,sarang lelabah dah..
Moh kiter bersihkan cikit ,gi amik baldi,penyapu hahaha.
_
Alhamdulillah, ...pada hari selasa,rabu dan khamis lepas aku telah diserang demam panas,.
Kini, aku telah sihat ...Yeah ! Terima Kasih Ya Allah :)
Semasa demam, Terpaksa laa..dengan berhati dan berat lututnya aku malas nak cuti..
Iyea, laa aku ni dh laa ,.budak y tak reti  nak duduk diam.
Ada sahaja y nak aku buat.,
Tapi, malangnya....niat ingin belajar terbantOt akibat kesan sampingan ubat y aku makan terlalu kuat..
Makan ubat 3 kali 1 hari..lepas makan ubat, mengantOk teros tido..makn ubat, terOs tido..Jadi konklusinya mcm mana aku nak buat keje, baca buku ! adoyai..
tapi,..demam-demam boleh pulak aku berfacebook..tapi kejap je errkk..korang jangan salah faham..nnti aku sembelih korang buat nasi ambeng..

Saturday, January 21, 2012

HEBATNYA SEORANG PENDIDIK

Sape kata jadi cikgu SENANG?
Bila kome jadi cikgu..Baru kome tau susahnye jadi cikgu..

time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
... time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..

cikgu.. serba boleh... ^_^
Tabik hormat kpd mereka yg brgelar ckgu,teacher,ustz,ustzh n etc..

ZINA MUKA BUKU

Zina Ku Bermula Di Facebook

Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

... Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

Aku Dah Tunang ?

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Aku Dah Tunang ?

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Allah Sayang Dia

Ya, Allah Kau tabahkn lah Kami ,Menempuhi dugaan ini.
Mungkin Ia Sebagai Kiffarah dosa-dosa kami di dunia ini.

Rabu --->18 January 2012
Ayah ku dimasukn ke IJN

Khamis ---> 18 January 2012
Aku melawat Ayah ku

Jumaat--->20January 2012
Operation Theater sedia menunggu kedatang Ayahku.
Ayahku megalami Masalah injap rosak.
Jdi Perlu mengantikannya
Alhamdulillah, ayah ku selamat Operation..
Bermula 9.00 pagi ---> 1.35 ptg

SepatOtnya, Ayah akan sedar pada keesokan harinya iaitu 21 january 2012 menurut kata Dokter.
Tapi, Dengan Keajaiban Allah..
Sokongan Dan Doa...Kawan3 ku semua Alhamdulillah pada hari yang sama..tetapi Dimalam hari ayahku telah sedar.
Terima Kasih Allah
Terima Kasih Syed Azizan  Al-Aidid kerana telah mmbuat Tahlil utk ayh sy.
Terima Kasih cikgu-cikgu
Terima Kasih Cikgu Jamilah, kerana beri semangat.
Terima Kasih kawan-kawan.
:)

Sabtu ---> 21 January 2012
Aku melawat ayah,..
Aku bermalam di IJN
Alhamdulillah, menurut kata dokter ayah kena duduk ICU utk 2-3 hari.
Tapi, Ayh duduk ICU utk sehari shaja..
Pagi tadi ayah sudah dipindahkn ke Wad Biasa.
Aku tabah &Sabar menjaga ayah kesyangan ku